Konsert Sabyan & Seventeen ditunda November depan

KONSERT SABYAN SEVENTEEN DI TUNDA
KONSERT SABYAN SEVENTEEN DI TUNDA
A
A
A

KONSERT Sabyan & Seventeen yang dijadualkan berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 15 Oktober ini ditunda ke satu tarikh baharu pada November depan.

Pihak penganjur, RR Brothers Studio menerusi satu kenyataan kepada media berkata, keputusan tersebut terpaksa dilakukan atas beberapa sebab.

“Berikutan faktor masa serta durasi persediaan yang agak pendek dan diikuti dengan pilihanraya yang akan berlangsung kelak, pihak penganjur mengambil keputusan untuk menangguhkan konsert ini sehingga November nanti. Tarikh baru akan diumumkan kelak oleh pihak penganjur.

“Kami memohon maaf atas kesulitan dan mengucapkan jutaan terima kasih buat para media yang telah membantu menwar-warkan berita tentang konsert ini terdahulu.

”Nantikan pengumuman tarikh baru kelak,” ujar Jimmy Edward mewakili pihak penganjur.

Terdahulu, dua kumpulan popular dari Indonesia itu mengumumkan kolaborasi perdana bakal mengadakan konsert istimewa buat peminat di Malaysia pada Sabtu ini.

Kolaborasi tersebut mengundang teruja peminat setia mereka yang melihat kekuatan karya yang berunsurkan kerohanian dan alunan muzik kedua-dua kumpulan ini mampu mendamaikan dan sesuai dengan pasca sambutan Maulidurasul.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca