Kontroversi memarahi warga emas beri kesan pada Baim Wong

Untitled design (36)
Untitled design (36)
A
A
A

IMEJ baik pelakon terkenal Indonesia, Baim Wong tercalar selepas videonya memarahi seorang warga emas bernama Suhud tular di media sosial.

Baim yang sebelum ini terkenal dengan sikap dermawan dan suka membantu orang lain mengejut peminat di sana apabila memarahi Suhud serta menuduh lelaki itu cuba mengemis di depan rumahnya.

Akibat tindakannya itu, pengikut Baim di saluran YouTube, Verhoeven semakin berkurangan sejak tiga hari lalu dan menduduki tangga keenam saluran paling ramai pengikut di Indonesia iaitu sebanyak 19.4 juta subscriber.

Terdahulu, Baim memarahi Suhud yang berusia 77 tahun dan mendakwa warga emas itu sengaha mengikutinya yang sedang menaiki motosikal bersama anaknya Kiano Tiger Wong.

Baim kemudiannya berhenti dan dilihat meninggikan suara meminta Suhud berhenti mengemis dan mula bekerja.

Suhud dalam temu bual bersama beberapa media di Indonesia menegaskan dia bukan seorang pengemis dan mempunyai pendapatan sendiri.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca