“Kritikan dan kecaman saya anggap bak ‘sarapan pagi’” – Zul Ariffin

ZUL ARIFFIN
ZUL ARIFFIN
A
A
A

PELAKON popular, Zul Ariffin tidak mengambil pusing kritikan dan kecaman yang dilemparkan kepadanya.

Ujar Zul atau nama sebenarnya Zulkifli Ariffin, sebagai selebriti, dia menganggap semua itu sebagai sebahagian daripada perkara biasa dalam kerjayanya.

“Nak cakap pasal kritikan atau kecaman, itu semua dah saya anggap bak ‘sarapan pagi’. Maaf cakaplah… Apabila tiba bab kerja, memang saya akan komited dan fokus.

“Kemudian saya akan teruskan kehidupan seperti biasa,”katanya ketika ditemui pada majlis pelantikannya sebagai duta produk bengkung jenama Superwoman yang diadakan di Hotel Concorde, Shah Alam pada Jumaat.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah pengasas produk itu iaitu Syasya Abdul Aziz dan Farah Abdul Aziz.

Dalam masa sama, Zul turut meminta maaf andai ada pihak kurang senang melihat babak mesra melibatkan dirinya dan Farah dalam iklan bengkung Superwoman yang tersebar sebelum ini.

"Kalau ada yang kurang senang, saya mohon maaf. Apa yang boleh saya katakan, ia sebahagian daripada kerja dan tugas saya. Saya bukan buat sekadar suka-suka dan sengaja berbuat begitu.

“Seperti yang saya pernah katakan, sebelum saya menjaga batas pergaulan, saya akan belajar menjaga lisan saya terlebih dahulu,” jelasnya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca