Lamaran siaran langsung dikritik, ‘Cuma nak menghalalkan…’ – Kamal Adli

Untitled design (99)
Untitled design (99)
A
A
A

BIARPUN ada beberapa pihak tidak menyenangi cara Kamal Adli melamar Uqasha Senrose ketika siaran langsung Anugerah MeleTOP Era 2020 (AME2020) Ahad lalu, pelakon itu ada jawapannya yang tersendiri.

Menurut Kamal, 34, tindakannya itu adalah langkah permulaan untuk menghalalkan perhubungan mereka.

“Cuma nak menghalalkan, bukan buat perkara tak baik kan. Terima kasih atas doa semua, yang lain kami serah pada ALLAH SWT,” ujarnya menerusi akaun Instagram miliknya.

Difahamkan sebelum lamaran itu dibuat, Kamal sudah meminta restu dan keizinan daripada keluarga Uqasha.

Dalam pada itu, Uqasha juga menerusi akaun Instagramnya menyifatkan lamaran itu sebagai kemenangan besar buatnya.

“Lidah saya kelu. Walaupun tak menang apa-apa tapi Qasha (Uqasha) memang lagi besar daripada anugerah-anugerah yang lain,” katanya.

Kisah percintaan pasangan ini mula diperkatakan selepas mereka berlakon bersama dalam drama Setelah Terlafaznya Akad tahun lalu.

Ketika penggambaran Perempuan Tanpa Dosa, Oktober lalu, pengarah drama berkenaan, Michael Ang telah membongkar rahsia pasangan ini menghadiri kursus perkahwinan di Kuantan, Pahang, namun cuba dinafikan oleh Kamal mahupun Uqasha.

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca