‘Lambang pengorbanan ibu…’ – Shuib akhirnya kongsi wajah Ayash Affan
PELAWAK dan usahawan terkenal, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad, 37, berkongsi wajah anak keempatnya, Ayash Affan pada petang, Jumaat.
“Assalammualaikum, nama saya Ayash Affan Bin Shahmira. Terima kasih kerana mendoakan kesejahteraan saya,” tulisnya.
Menjengah dalam ruangan komen, hantaran tersebut dihujani pelbagai reaksi daripada rakan artis dan pengikutnya yang teruja akhirnya dapat menatap wajah Ayash.
Namun dalam masa yang sama, ada juga segelintir individu berasa sebak mengenang ‘harta’ peninggalan terakhir Allahyarham Siti Sarah Raissuddin yang meninggal dunia pada 9 Ogos lalu.
@serinaredzuawan : “SubhanaAllah.. comel sangat sihat Ayash badan tegap! Moga jadi anak yg soleh, tahfiz al-Quran dan berbakti pada keluarga agama dan negara.”@brionarose : “Lambang pengorbanan ibu... jangan lupa ibumu nak.. Sedihnya tiap kali tringat Almarhumah Siti Sarah.. Alfatihah buatnya..”
@dayahdafina : “Allahhuakhbar… comelnya kamu sayang.. Ada iras muka arwah ibu dan abang uwais. Semoga sihat, menjadi anak yang soleh.”
Allahyarham terpaksa ditidurkan berikutan tahap oksigen tidak stabil akibat Covid-19 sebelum melahirkan Ayash berkenaan secara pembedahan tanpa sedar ketika kandungan berusia 8 bulan.
Selain Ayash, Shuib dan Allahyarham Siti Sarah turut dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6 tahun.
View this post on Instagram
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang