Langkah Syafiq Kyle tembusi pasaran antarabangsa

A
A
A

TERUS rancak merencana kerjaya seninya, pelakon Syafiq Kyle kini melangkah setapak lagi dengan membintangi sebuah drama siri antarabangsa terbitan sebuah produksi berpangkalan di United Kingdom (UK).

Menurut Syafiq atau sebenarnya Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak, naskhah adaptasi daripada sebuah novel penyiasatan itu bakal menjalani penggambaran di Malaysia pada Julai depan.

“Judulnya masih belum boleh dikongsikan, tetapi siri penyiasatan yang menampilkan teraju utama dari UK itu akan menjalani penggambaran di beberapa buah ibu kota terkenal termasuk Kuala Lumpur pada Julai ini.

“Alhamdulillah saya terpilih untuk membintangi siri ini selepas menjalani sesi uji bakat yang diadakan produksi terbabit sebelum ini.

“Saya memegang watak sebagai Sarjan Shukor yang terlibat dengan kes penyiasatan sebuah kes di Malaysia. Buat masa ini saya belum boleh berkongsi banyak, tetapi apa yang boleh saya katakan ia adalah sebuah naskhah yang cukup menarik,” ujarnya yang ditemui pada majlis pratonton drama Seindah Kasih baru-baru ini.

Peluang baharu

Aktor 31 tahun itu juga mengharapkan agar penglibatan dalam siri antarabangsa itu bakal memberikan lebih banyak peluang baharu untuknya mengembang bakat dengan lebih jauh.

Membawa misi tersebut, Syafiq bersungguh-sungguh mempersiapkan diri agar penampilannya dapat memberikan impak, sekali gus menggunakan peluang itu dengan sebaiknya.

“Sebagai pelakon saya sentiasa mahu explore dan mengambil apa sahaja cabaran yang datang. Bukan untuk orang lain, tetapi untuk diri saya sendiri yang mahu tampil terbaik.

“Untuk siri ini misalnya, saya buat persiapan secukupnya termasuk belajar bahasa Inggeris untuk memantapkan lagi pengunaan bahasa itu kelak. Banyak benda baharu yang saya pelajari dan saya sukakan proses ini,” katanya.

Persiapan kahwin

Dalam perkembangan lain, Syafiq yang baru sahaja tampil dengan filem blockbuster Polis Evo 3 juga sibuk membuat persiapan perkahwinannya yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

Syafiq bersama tunang, pelakon Mimi Lana.

Meskipun terikat dengan jadual kerja yang padat, tunang kepada pelakon Mimi Lana itu lega apabila segala persiapan sudah selesai dilakukan.

“Alhamdulillah semua persiapan untuk majlis sudah selesai dan hanya menunggu akad nikah sahaja. Saya memang buat persiapan lebih awal kerana bermula bulan depan akan sibuk dengan pelbagai projek dan kerja yang menanti.

“Dari segi persiapan bergelar suami, saya sekarang banyak tengok ceramah-ceramah daripada ustaz untuk menambah ilmu,” akuinya yang mengikat tali pertunangan dengan pasangannya itu pada Januari lalu.

Mengulas soal tajaan untuk hari bahagianya itu, Syafiq mengakui lebih selesa untuk mengadakan majlis perkahwinan secara sederhana sahaja.

“Tidak dinafikan memang ada beberapa pihak yang menawarkan tajaan, tetapi saya tidak begitu melihat kepada keperluan itu pun.

“Ada tajaan yang saya terima dan ada yang saya tidak boleh ambil atas sebab-sebab tertentu. Apa pun, semua persiapan perkahwinan sudah selesai,” katanya.

(FOTO: RAFEQ REDZUAN)

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca