'Lelaki yang boleh bawa ke syurga, tazkirah pada malam Jumaat dan berjanggut'- Dedah kakak Neelofa
"DIA seorang sangat menyayangi anak saudara dia. Kalau bercinta dia sangat tegas dan berpendirian.
Begitulah pendedahan kakak kepada pengacara dan pelakon Neelofa, Noor Nabila berkenaan kriteria lelaki yang menjadi idaman adiknya itu dalam sesi Q and A time with Rosix, Bella & Lofa di saluran YouTube Rosix & Bella semalam.
Katanya lagi, Neelofa seorang individu yang tegas dalam bercinta dan mahukan lelaki yang boleh memberikan tazkirah setiap malam Jumaat selain memiliki fizikal berjanggut.
"Lofa seorang yang sangat komited, bekerja keras dan tegas."Dia tak tahu masak, tapi sekarang dah pandai. Dia pernah tidur dengan make-up.
"Lelaki idamannya yang boleh membawa ke syurga, boleh beri tazkirah pada malam Jumaat dan berjanggut. Janggut kena simpan, sunnah," kata Nabila.
Artikel berkenaan: Bakal imam Neelofa, kenali siapa PU Riz
Menurutnya lagi, Neelofa sangat bekerja keras. Mana dia dapat tenaga itu pun tak tahu.
"Dia bangun awal, tepati masa dan berpegang pada kata-kata. Kalau dia kata itu, itu lah. Pendek kata 'strict'."Dia boleh nampak apa nak buat pada masa depan. Dia tak kelakar, tapi dia memberi dan sangat memberi sokongan," ujarnya.
Neelofa menjadi tumpuan ramai apabila difahamkan sudah dirisik oleh pendakwah bebas, PU Riz pada Ahad lalu.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang