Lesti Kejora dakwa bola snuker hampir ‘hinggap’ di kepala, rupanya biasa dikasari Rizky Billar

PENYANYI Lesti Kejora menjadi tumpuan industri hiburan selepas mendakwa menjadi mangsa keganasan rumah tangga dan tindakan agresif suami, Rizky Billar.

Susulan kejadian baru-baru ini, Juara Dangdut Academy Musim Pertama itu menerima mengalami kecederaan serius melibatkan beberapa bahagian badan iaitu leher, tulang belikat dan lebam-lebam hingga menerima rawatan di hospital.

Dalam perkembangan terkini, polis mendedahkan fakta baharu berhubung dakwaan keganasan rumah tangga oleh suami Lesti, Rizky Billar.

Baca juga: Lesti Kejora sudah keluar hospital tetapi masih trauma, Rizky Billar dihentikan sebagai hos

Perbuatan keganasan rumah tangga Rizky terhadap wanita itu baru-baru ini rupanya bukanlah kali pertama.

“Dalam kenyataan awal, Lesti menjelaskan keganasan rumah tangga bukanlah kali pertama, tetapi sudah kerap berlaku dan ini adalah kemuncaknya,” kata Ketua Perhubungan Awam Polda Metro Jaya Kombes Endra Zulpan ketika dihubungi Detik.

Zulpan tidak memberikan butiran mengenai dakwaan keganasan rumah tangga yang dilakukan oleh Rizky Billar. Bagaimanapun, katanya, Lesti pernah dibaling bola biliard (snuker) oleh Rizky.

Baca jug: Romantis di media sosial, rupanya penyanyi wanita mangsa dera, dakwa suami curang cekik, hempas ke lantai

Gambar hiasan. Kredit foto: Pexels (Pavel Danilyuk)

“Menurut kenyataan Lesti, dia dibaling dengan bola biliard, tetapi tidak terkena kerana Rizky tergelincir,” kata Zulpan.

Polis telah menghantar surat siasatan kepada bekas hos Dangdut Academy Musim Kelima itu berhubung dakwaan kes keganasan rumah tangga yang dilaporkan dan meminta Rizky memberi kerjasama.

Media Indonesia yang cuba menghubungi Rizky untuk mendapatkan pengesahan bagaimanapun tidak mendapat sebarang maklum balas.

Baca juga: #SiBibirMerah: Suami kacak tidak jamin bahagia, wanita bangkitlah daripada keganasan rumah tangga

Pasangan muda yang mendirikan rumah tangga pada 19 Ogos 2021 itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Muhammad Leslar Al-Fatih Billar.

Media sebelum ini berkongsi Lesti membuat laporan polis selepas menjadi mangsa kekerasan Rizky. Segalanya bermula selepas wanita itu mengetahui suaminya berlaku curang.

Aktor berusia 27 tahun dikatakan bertindak agresif selepas wanita itu meminta untuk dihantar pulang ke rumah ibu bapa.

Baca juga: Dek kalah game pengantin perempuan dipukul di pelamin, ini tip kenali lelaki baran

Sumber: Detik

Foto: Instagram lestykejora

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang penuh inspirasi.

Share
Azma ML

Recent Posts

‘Tahajud, solat hajat & berdoa.’ 4 pesalah juvana Sekolah Integriti, Henry Gurney cipta sejarah, cemerlang SPM 8A di sebalik tirai besi

BERADA di sebalik tirai besi tidak menghalang para pesalah juvana meraih kecemerlangan. Lebih mengharukan, pada…

34 mins ago

Berkhemah dalam kebun mangga harum manis, ini antara destinasi percutian laku keras di Perlis

MENYEDARI potensi kebun mangga harum manis mampu menjadi destinasi percutian ekopelancongan, John Thow Hing Chuang…

2 hours ago

‘Jangan gaduh-gaduh, move on.’ Dolla anggap isu SMDX hal kecil, masih baharu dalam industri seni

KUMPULAN Dolla tidak terasa hati dengan ‘komen pedas’ daripada anggota SMDX iaitu Elle Thong. Bahkan…

2 hours ago

Anggap hadiah anniversary, Fedtri Yahya luah rasa syukur anak selamat berkhatan. ‘First time. Jadi daddy terlebih ngilu.’

SETIAP kali tibanya musim cuti sekolah, ibu bapa akan mengambil kesempatan oleh ibu bapa untuk…

2 hours ago

Pengantin lelaki berbaju Ultraman Taro tular, rupanya peminat cosplay. Dedah kostum berharga lebih RM2,000. ‘Keberaniannya memang powerlah’

TULAR di laman sosial pengantin lelaki memakai kostum Ultraman Taro semasa majlis persandingan. Sedondon merah,…

3 hours ago

Isu Blackout2024, Rossa puji solidariti rakyat Malaysia! Akui tidak lagi promosi jenama produk boikot

SEBELUM ini tular gerakan Blackout2024, iaitu satu tindakan masyarakat global dalam menunjukkan solidariti kepada rakyat…

5 hours ago