PENYANYI Lesti Kejora menjadi tumpuan industri hiburan selepas mendakwa menjadi mangsa keganasan rumah tangga dan tindakan agresif suami, Rizky Billar.

Susulan kejadian baru-baru ini, Juara Dangdut Academy Musim Pertama itu menerima mengalami kecederaan serius melibatkan beberapa bahagian badan iaitu leher, tulang belikat dan lebam-lebam hingga menerima rawatan di hospital.

Dalam perkembangan terkini, polis mendedahkan fakta baharu berhubung dakwaan keganasan rumah tangga oleh suami Lesti, Rizky Billar.

Baca juga: Lesti Kejora sudah keluar hospital tetapi masih trauma, Rizky Billar dihentikan sebagai hos

Perbuatan keganasan rumah tangga Rizky terhadap wanita itu baru-baru ini rupanya bukanlah kali pertama.

“Dalam kenyataan awal, Lesti menjelaskan keganasan rumah tangga bukanlah kali pertama, tetapi sudah kerap berlaku dan ini adalah kemuncaknya,” kata Ketua Perhubungan Awam Polda Metro Jaya Kombes Endra Zulpan ketika dihubungi Detik.

Zulpan tidak memberikan butiran mengenai dakwaan keganasan rumah tangga yang dilakukan oleh Rizky Billar. Bagaimanapun, katanya, Lesti pernah dibaling bola biliard (snuker) oleh Rizky.

Baca jug: Romantis di media sosial, rupanya penyanyi wanita mangsa dera, dakwa suami curang cekik, hempas ke lantai

Gambar hiasan. Kredit foto: Pexels (Pavel Danilyuk)

“Menurut kenyataan Lesti, dia dibaling dengan bola biliard, tetapi tidak terkena kerana Rizky tergelincir,” kata Zulpan.

Polis telah menghantar surat siasatan kepada bekas hos Dangdut Academy Musim Kelima itu berhubung dakwaan kes keganasan rumah tangga yang dilaporkan dan meminta Rizky memberi kerjasama.

Media Indonesia yang cuba menghubungi Rizky untuk mendapatkan pengesahan bagaimanapun tidak mendapat sebarang maklum balas.

Baca juga: #SiBibirMerah: Suami kacak tidak jamin bahagia, wanita bangkitlah daripada keganasan rumah tangga

Iklan

Pasangan muda yang mendirikan rumah tangga pada 19 Ogos 2021 itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Muhammad Leslar Al-Fatih Billar.

Media sebelum ini berkongsi Lesti membuat laporan polis selepas menjadi mangsa kekerasan Rizky. Segalanya bermula selepas wanita itu mengetahui suaminya berlaku curang.

Aktor berusia 27 tahun dikatakan bertindak agresif selepas wanita itu meminta untuk dihantar pulang ke rumah ibu bapa.

Baca juga: Dek kalah game pengantin perempuan dipukul di pelamin, ini tip kenali lelaki baran

Iklan

Sumber: Detik

Foto: Instagram lestykejora

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang penuh inspirasi.