PELAKON Shakilla Khoriri menitipkan ucapan terima kasih kepada peminat dan rakan-rakan yang mengambil berat serta mendoakan yang terbaik buat dirinya dan keluarga selepas perpisahan dengan bekas suami, Fizi Ali didedahkan kepada umum.

Reda dengan ujian dilalui, Shakilla, 32, mahu kembali menjalani kehidupannya seperti biasa.

“Terima kasih atas doa kalian pada kami bertiga. Keluarga, saudara-mara, kawan rapat sampailah kalian yang saya sendiri tak pernah kenal.

“Tapi masih doa yang baik-baik untuk kehidupan akan datang buat kami. Saya hargai sangat,” ujarnya.

Shakilla berkata demikian menerusi satu hantaran yang dilakukan di laman Instagram miliknya pada Khamis.

Iklan

Dalam perkongsian sama, pelakon Air mata di Bumi Matador itu memohon maaf kerana tidak dapat membalas kesemua mesej dan doa yang dikirimkan kepadanya.

“Saya minta maaf sebab tak termampu untuk jawab semua. Semoga ALLAH berkati kita semua dan balik kan doa kalian semula.

“Let’s move on. ALLAH ada jaga Mimi dan Ameena. Selalu,” katanya.

Iklan

Terdahulu Fizi Ali pada Rabu berkongsi berita mengejutkan dengan memaklumkan ikatan perkahwinannya bersama Shakilla telah terlerai selepas tiga tahun bergelar pasangan suami isteri.

Bagaimanapun, pasangan itu sepakat untuk membesarkan anak tunggal mereka, Nurul Ameena Sofia yang kini berusia dua tahun dengan penuh kasih sayang.

Fizi dan Shakilla mendirikan rumah tangga pada 18 Februari 2018.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SHAKILLA KHORIRI (@shakillakhoriri)