[VIDEO] Majlis bacaan Yasin untuk Siti Sarah, ditidurkan atas nasihat doktor, jalani pembedahan keluarkan bayi

Untitled design (58)
Untitled design (58)
A
A
A

KEADAAN penyanyi Siti Sarah Raisuddin kini dilaporkan dalam keadaan kritikal.  Sarah telah ‘ditidurkan’ atas nasihat doktor.

Menurut suaminya, Shuib, dia telah dihubungi oleh pihak hospital untuk memaklumkan perkembangan terbaharu Sarah.

“Pada jam 11 pagi tadi, doktor telah minta keizinan untuk tidurkan Sarah buat seketika.  Kalau oksigen okay, insya-ALLAH baru boleh teruskan untuk jalani pembedahan keluarkan anak dalam kandungan.

“Tapi yang paling getir adalah saat ditidurkan.  Saya tak nak fikir yang tak baik.

"Terima kasih banyak-banyak kepada semua.  Doakan supaya Sarah boleh lawan untuk kuatkan paru-paru dan stabilkan oksigen dia semula,” jelas Shuib dengan sebak.

Sehubungan dengan perkembangan terkini Sarah itu, satu majlis bacaan Yasin telah diadakan pada jam 12.30 tengah hari tadi untuk mendoakan kesejahteraan Sarah yang kini sedang hamil 7 bulan.

Majlis bacaan Yasin telah diketuai oleh Imam Muda Asyraf.

Asyraf turut berpesan kepada Shuib supaya sentiasa bersangka baik, menjaga kesihatan diri kerana dia masih ada anak-anak yang lain.

“Tenangkan semua ahli keluarga sebagai ketua keluarga,” nasihat Asyraf.

Makluman terbaharu, sebaik sahaja tamat bacaan Yasin, doktor memaklumkan paras  oksigen Sarah semakin baik dan akan melakukan pembedahan mengeluarkan bayi dalam kandungan jam 2 petang hari ini.

Terdahulu, Sarah, Shuib, tiga orang anak mereka termasuk pembantu rumah, menjalani kuarantin di rumah selepas disahkan positif Covid-19 pada 27 Julai lalu.

Namun Sarah telah dikejarkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) pada Rabu kerana mengalami batuk berterusan menyebabkan tahap oksigen dalam badannya semakin menurun.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca