Mak, abah dan semuanya, tolong kuat ya. Kami jauh.. – Yana Samsudin

YANA SAMSUDIN
YANA SAMSUDIN
A
A
A

PELAKON Yana Samsudin berkongsi berita sedih, 12 ahli keluarganya termasuk ibu dan bapanya di Yong Peng, Johor, dijangkiti Covid-19 pada Ahad.

“Keputusan (ujian calitan) keluar hari ini. Semua ahli keluarga di Yong Peng, Johor positif Covid-19,” kongsi Yana di Instagram miliknya.

“Allah Maha Besar Maha Mengetahui segalanya. Mak, Abah dan semuanya, tolong kuat ya. Kami jauh,” ujarnya.

Akui Yana, dia cuba untuk kekal positif menerima berita yang tersebut dan memohon orang ramai agar terus mendoakan kesejahteraannya buat keluarganya.

“Alhamdulillah, terima kasih yang mendoakan. Insya-ALLAH kami semua akan kekal positif. semoga mereka kuat kat sana. Begitu jugak dengan mak dan abah mertua. Semoga sihat-sihat juga,” katanya.

Dalam pada itu, pelakon filem Adnan Semp-it itu turut menitipkan pesan agar masing-masing saling bertanya khabar mereka yang berada di sekeliling dalam keadaan pandemik yang tidak dijangka ini.

“Keadaan berjauhan dengan orang tua, kita faham sangat macam mana rasanya. Ibu bapa kita, bapa mertua, mak mertua atau pakcik makcik ada yang tinggal berdua sahaja atau berseorangan kat rumah.

“Jiran jiran rajinlah tanya khabar. Tolong-tolong tengok kan. Anda sendiri kena aktif update keadaan diri sendiri. Sejam sekali atau dua jam sekali kat group komuniti.

“Semoga kalian yang sedang menerima dugaan  ini juga diberikan kekuatan dan di mudahkan segala urusan dunia akhirat,” katanya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca