"MAMA muka adik dekat billboard", Iman Troye terharu wajah 'hiasi' New York Times Square
"MAMA muka adik dekat billboard! Alhamdulillah!
Begitu titipan penyanyi popular, Iman Troye apabila wajahnya menghiasi papan iklan digital gergasi di Times Square, New York, Amerika Syarikat (AS).
Iman atau nama sebenarnya, Siti Nur Alyssa Sahabudin, 19, berkata sebagai bintang baharu dalam industri muzik tanah air, dia menitipkan rasa syukur dan terharu dengan kejayaan besar yang diperoleh ini.
Jangan lupa follow kami di Instagram!
"So glad to be featured on Equal, representing Malaysia and Singapore on New York City Times Square. Terima kasih semua!" coretnya di laman Instagram.
Sebagai penyanyi yang berhijab, Iman berharap dapat terus memenuhi harapan para peminatnya.
Ucapan terima kasih atas segala doa dan sokongan yang tidak pernah padam daripada keluarga, rakan-rakan serta peminat turut diucapkan oleh Iman menerusi posting berkenaan.
Dalam pada itu, penyanyi lagu Teman dan Nang itu turut berharap, pencapaian tersebut menjadi aspirasi untuk terus keluar dari zon selesa.
Perkongsiannya itu mendapat ribuan ucapan tahniah daripada rakan artis dan peminat. Mereka turut menitipkan semangat dan doa kejayaan yang berterusan buatnya.
Penampilan Iman mewakili Malaysia di papan iklan terkemuka adalah sebahagian kempen EQUAL oleh platform penstriman digital, Spotify.
Selepas Yuna, Layla Sania dan kumpulan Dolla, Iman merupakan artis ke empat dari negara kita yang terpilih menjayakan kempen tersebut yang dikendalikan platform muzik digital, Spotify untuk memupuk ekuiti dan mengetengahkan artis wanita dari seluruh dunia.
Melalui kempen EQUAL, 35 senarai main (playlist) tempatan mewakili artis dari lebih 50 negara dikategorikan.
Selain itu, 'playlist' mewakili EQUAL Global Terbaik juga dipaparkan mewakili muzik dari artis sejagat.
Iman mula mencuri perhatian rakyat Malaysia selepas membuat rakaman lagu saduran artis tempatan, sekali gus menggegarkan ruang media sosial secara mengejut.
Baca juga Kumpulan Puteh lega permohonan maaf diterima
Iman turut mencipta fenomena menerusi single Teman yang sehingga kini meraih 45 juta tontonan dalam laman YouTube.
Lagu hari raya yang dinyanyikan Iman, Pejam Celik Hari Rayajuga mendapat tontonan lebih 11 juta sejak dilancarkan bermula Aidilfitri lalu.
Berbekalkan suara unik dan penampilan comel, Iman terus mencuri perhatian peminat kini tampil dengan single baharu berjudul Nang yang sudah mencapai lebih dua juta tontonan sejak dilancarkan beberapa minggu lalu.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang