Masa untuk rehat, Elfira Loy alami tekanan hingga dibawa ke hospital
"MASA untuk berehat. Hantaran ini adalah untuk mengingatkan diri saya bahawa tubuh badan saya perlukan rehat bila saya perlukan dan terlalu banyak berfikir juga mampu menyakitkan saya."
Begitu perkongsian, pelakon cantik Elfira Loy yang mengalami masalah kesihatan akibat tekanan sekali gus terpaksa dikejarkan ke hospital.
Menerusi hantaran di Instagram, Elfira berkongsi keadaannya yang tidak stabil sehingga terpaksa mendapatkan rawatan.
"Gejala awal yang saya alami adalah rasa tidak stabil setiap lima hingga 10 minit. Sehari selepas itu, saya rasa lebih baik, tapi saya terlanggar cermin sisi satu kenderaan (ketika memandu), tapi sempat tarik. Tak sedar pun macam mana jadi. Tapi, saya teruskan juga dengan mesyuarat saya," ujarnya.
Baca juga Jaclyn Victor terbuka terima kritikan, cari kelainan di pentas GV9
Ceritanya lanjut, dia juga mengalami sakit perut, cirit birit dan susah bernafas.
"Selepas mesyuarat, saya pulang ke rumah dan berehat. Kemudian, saya pulang ke rumah ibu dan beritahu dia. Semasa waktu Isyak, saya macam sakit perut. Selepas itu, cirit-birit.
"Saya ambil wuduk cepat-cepat dan solat, kemudian, ketika solat saya rasa susah nak bernafas dan sakit di bahagian abdomen. Tiba-tiba saya muntah. Dua kali.
"Saya minum banyak air, kemudian terus tidur saja. Semasa tidur, saya rasa dunia berputar dan seperti dilanda ombak serta rasa nak terjatuh. Takut sangat sebab saya masih pegang Aria. Saya berpeluh pada malam itu. Itu yang saya terus pergi ke hospital," tulisnya.
Elfira bagaimanapun bersyukur dengan keputusan perubatan daripada pihak hospital.
Baca juga Zizan Razak hangat di pawagam, terharu sokongan padu peminat
"Nasib baik semua keputusan pemeriksaan okay. Alhamdulillah. Saya cuma perlukan rehat dan minum banyak air. Tapi, kalau berterusan lagi dalam dua hari, saya perlu lakukan imbasan CT (CT Scan), yang mana, saya nak elakkan. Jadi, mohon doakan saya," tulisnya.
Selain itu, Elfira turut berkongsi beberapa gambarnya yang diambil ketika dirawat di hospital.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang