Masih sayang, Shakilla Khoriri tidak tolak kembali bersama

SHAKILLA KHORIRI
SHAKILLA KHORIRI
A
A
A

PELAKON Shakilla Khoriri tidak menafikan masih menyayangi bekas suaminya yang juga penyampai radio Suria FM, Fizi Ali.

Menurut Shakilla, 33, dia tidak menolak untuk seandainya mempunyai peluang untuk kembali melayari bahtera rumah tangga.

“Saya percaya usia perkahwinan yang masih muda juga menyebabkan masing-masing jadi memberontak sebelum ini.

“Kami tidak bercakap dari hati ke hati (hal rujuk) tetapi kalau masih dijodohkan memang saya tidak elak benda itu (kembali rujuk), saya sayang dia…” katanya ketika ditemui pada majlis Tayangan Perdana Syawal 2022 Awesome TV pada Rabu.

Bagaimanapun ujar Shakilla, bekas suaminya itu kelihatan belum bersedia untuk kembali bersama.

“Saya ada cuba, tetapi dia macam belum bersedia. Saya pun tak nak memaksa," jelasnya.

Shakilla dan Fizi bercerai talak satu pada 15 Disember tahun lalu selepas mendirikan rumah tangga pada 18 Februari 2018.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Ameena Sofia yang kini berusia tiga tahun.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca