Maya Karin alami serangan panik, Faizal Hussein jadi penyelamat

A
A
A

BAGI yang menonton Festival Filem Malaysia ke-32 (FFM32) di TV2, Jumaat lalu, pasti perasan dengan tingkah laku aktres Maya Karin yang kelihatan kurang selesa sehingga membuat keputusan untuk membuka kasut tumit tingginya.

Menjelaskan tindakannya itu, Maya mendedahkan mengalami 'panic attack' atau serangan panik ketika mahu menyampaikan trofi Pelakon Lelaki Terbaik bersama aktor, Faizal Hussein.

Disebabkan serangan itu, bintang yang mula dikenali menerusi filem Pontianak Harum Sundal Malam itu hampir pitam dan menggigil. Namun dibantu Faizal yang cuba menenangkannya.

"Hero saya semalam (Jumaat), sangat gentleman, siap kutip kasut saya yang tertinggal di pentas," ujarnya di Instagram.

Maya dan Faizal bergandingan menyampaikan trofi Pelakon Wanita dan Lelaki Terbaik pada FFM32 Jumaat lalu.

Dalam temu bual bersama Astro AWANI, Maya berkata, dia berada dalam keadaan baik, namun masih trauma dengan kejadian yang menimpanya.

"Keadaan saya semakin baik. Namun, saya masih trauma. Sudah tentu saya berharap ia tidak pernah berlaku," jelasnya.

Maya sebelum ini mengakui mengalami masalah 'anxiety' sejak beberapa tahun lalu dan menyebabkan dia mudah sesak nafas dan tidak dapat membuat persembahan nyanyian kerana bimbang serangan itu berulang.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca