"Melahirkan awak adalah pengorbanan yang paling besar..." - Elisya Sandha

A
A
A

PELAKON Elisya Sandha memilih untuk berkongsi wajah puteri sulungnya pada sambutan Hari Raya Aidiladha, Ahad lalu.

Elisya dan suaminya, turut mengadakan majlis akikah dan Hassan menyifatkan 2022 sebagai tahun pengorbanan terbesar kerana telah berjuang melahirkan cahaya mata pada 18 Jun lalu.

“Tahun 2022 melahirkan awak adalah pengorbanan yang paling besar untuk mommy (panggilannya) Bunga Elhaq. Pengorbanan daddy (suaminya) bangun setiap malam untuk tukar lampin dan beri awak minum susu.

“Pengorbanan ramai orang untuk jayakan majlis akikah awak hari ini,” tulisnya dalam Instagram.

ELISYA SANDHAKeluarga kecil Elisya.

Adik kepada aktres Fasha Sandha itu turut menyifatkan puteri kesayangannya itu sangat beruntung kerana dikelilingi insan yang amat menyayangi dirinya dengan sepenuh hati.

“Anak mommy sangat bertuah ramai orang sayang. Apabila besar nanti dan sudah boleh membaca, mommy mahu awak baca mesej ini dan ingat pesan mommy. Jagalah hati orang yang sayangkan awak.

“Hargai pengorbanannya, terimalah kekurangannya dan jangan sia-siakan keikhlasannya sebab awak tidak tahu betapa beruntungnya awak di mata orang lain,” luah pemilik nama penuh Nur Elisya Sandha Hassan itu.

Elisya selamat mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Uzair yang juga anak kepada pengarah dan juga produser, Shiela Rusly sekitar Ogos tahun lalu.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca