Miera Leyana kini bergelar isteri

Untitled design (3)
Untitled design (3)
A
A
A

PELAKON Miera Leyana, 27, selamat disatukan dengan lelaki pilihannya yang juga seorang usahawan, Rosland Othman, 40an,  di sebuah hotel terkemuka ibu kota, malam tadi.

Pasangan itu dinikahkan oleh bapa Miera sendiri iaitu Datuk Seri Kasmi Arsat dalam majlis ijabkabul yang diadakan secara tertutup dan hanya dihadiri oleh ahli keluarga dan kenalan terdekat.

Miera yang anggun dalam persalinan putih hasil sentuhan pereka fesyen terkenal, Rizman Ruzaini itu menerima mas kahwin berjumlah RM100.

Difahamkan pelakon filem Apokalips X itu menerima lamaran daripada Rosland pada Mei tahun ini selepas saling mengenali sejak empat tahun lalu.

 

(FOTO: The Affiliates)

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca