‘Minggu depan tak siap, masuk penjara!’ 4 bulan inap hotel, 3 bulan tumpang rumah ibu, Nora Danish kecewa ditipu kontraktor

SUDAH membuat bayaran hampir 90 peratus namun pengubahsuaian kediaman tidak disiapkan dalam tempoh dijanjikan. Pelakon Nora Danish meluahkan rasa kecewa dan hampa ditipu kontraktor.

Ujar pelakon Legenda Budak Hostel dan Surga Yang Tak Dirindukan 2 itu, susulan kegagalan syarikat jurubina berkenaan menyiapkan renovasi kediaman berkenaan beliau akan mengambil tindakan undang-undang.

“Kontraktor ini memang buat hal. Kawan kepada C***. Saya akan buat laporan polis terhadap anda berdua kalau rumah tidak siap minggu depan.

Baca juga: Bayar RM240,000 renovation tak siap, Amyra Rosli kena ‘scam’ dengan interior designer

Baca juga: Kaum Cina jarang ‘renovation’ rumah supaya nampak mewah, ini sebabnya

Iklan
Iklan

“Dari Januari patut siap. Duit sudah bayar 90 peratus, kini sudah masuk April. Hendak kata sabar, sudah lama saya bersabar. Memang polis la jawapannya,” kongsi Nora di Insta Story.

Lebih menyedihkan, Nora meluahkan sudah lama beliau dan keluarga meninggalkan kediaman berkenaan selepas proses pengubahsuaian bermula.

Namun apabila ia melepasi tarikh ditetapkan hingga berbulan-bulan, Nora mengakui beliau anak-beranak terpaksa berpindah-randah dan melalui kehidupan yang memenatkan.

“Tempat penyimpanan barang (Lock & Store) sudah dibayar sejak Ogos. Duduk hotel sudah lebih empat bulan, sekarang ini saya tinggal di rumah ibu sudah tiga bulan. Betapa ia memenatkan.

“Memang kesilapan saya kerana terlalu percaya seseorang yang dipanggil adik. Kerja tidak habis terus angkat kaki tinggalkan kami terkontang-kanting ditipu dengan kontraktor yang penipu dan tidak berhati perut.

Baca juga: Confirm cantik. Alhamdulillah rezeki anak-anak.’ Zahirah MacWilson kongsi progress rumah impian buat warga maya teruja!

Baca juga: Bina rumah impian dalam pesawat melalui YouTube, lelaki ini sanggup belanjakan wang simpanan lebih RM1.16 juta

“Semua pakaian kami dalam beg plastik IKEA dan perlu ‘dikorek’ setiap kali hendak dipakai. Malah untuk mulakan kerja pun susah. Anak-anak saya tidur di sana-sini,” katanya.

Ujar Nora, keputusan melaporkan kepada polis diambil tidak terburu-buru. Malah aktres berusia 42 tahun itu menyatakan harapan agar kes yang dilaluinya menjadi pengajaran kepada orang lain.

“Allahuakhbar, saya sudah cuba reda dan berikan peluang banyak kali.

“Harap dengan tindakan ni membuka mata semua pihak agar berhati-hati memilih kawan dan juga kontraktor. By next week tak siap, kalian masuk penjara,” ujar Nora.

Baca juga: ‘Rumah mama paling selamat & disayangi.’ Throwback momen bersama arwah mama, Kilafairy berbakat dekor rumah sendiri. Cantik!

Baca juga: ‘Daripada suri rumah yang nothing.’ Wanita ini pernah raih RM18K hasil berkebun di laman rumah, memang inspirasi!

Menjadi mangsa penipuan pembelian barangan dan perkhidmatan? Anda boleh membuat laporan kepada Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) bagi jumlah amaun tuntutan tak melebihi RM50,000.

Tuntutan tebus rugi untuk pembelian barangan dan perkhidmatan yang dibenarkan di bawah bidang kuasa tribunal yang diperuntukkan Akta 599 dan terakru dalam masa tiga tahun daripada tuntutan itu.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!

Share
Azma ML

Recent Posts

Tumbuhan hijau sumber inspirasi, Darwennah Siska guna nama sendiri untuk jenama fesyen. ‘Unik, rare & pilihan ibu tersayang’

MINAT dalam dunia fesyen membuatkan Darwennah Siska tidak betah memilih bidang lain sebagai kerjaya utama.…

3 hours ago

Bawa kain bertulis ‘Free Palestine’, anak bongsu Perdana Menteri berani pamer solidariti dalam majlis konvoksyen di New York

TAHNIAH diucapkan buat anak perempuan Perdana Menteri, Nurul Hana Anwar yang berjaya menggenggam skrol selepas…

3 hours ago

5 tahun ‘berehat’ daripada berlakon, Julia Ziegler rindu nak ‘comeback’. ‘Kerja terbaik di dunia jadi ibu…’

“SAYA rindu sangat jika ada rezeki nak ‘comeback’ dalam dunia lakonan.” Ungkap pelakon dan model,…

3 hours ago

Kuih kaswi ‘gedik’ resipi tular, cukup mudah nak buat & bahan pun simple je. Wanita ini kongsikan caranya!

PERTAMA kali menikmati kuih kaswi ‘gedik’, cukup lembut, kenyal, lemak manis dan dimakan pula bersama…

5 hours ago

Tular video di atas pelamin, Zainal Ariffin berkahwin?

BARU-baru ini tular video yang memaparkan lelaki dipercayai pengacara terkenal, Zainal Ariffin Ismail dilihat berada…

5 hours ago

‘Bukan kehilangan tapi memulangkan.’ Rangka ditemui selepas 36 hari, isteri reda Muhammad Syafiq sudah tiada, akui suami terbaik

BARU-baru ini negara dikejutkan dengan berita kehilangan lelaki, Muhammad Syafiq Salehin, 32, yang tidak pulang…

8 hours ago