TEMPAT jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat lahir dan dibesarkan. Demikian luahan seorang wanita mengenangkan kediaman berusia 40 tahun bakal dirobohkan untuk projek pembangunan East Coast Rail Link (ECRL).

Menerusi laman sosial TikTok, wanita yang dikenali sebagai Jihan Sukkie sayu mengenang momen terakhir beliau sekeluarga di rumah yang terletak di Kampung Banggol Karah, Kuala Terengganu.

Lebih menyentuh hati kata Jihan, kediaman tersebut mempunyai makna sentimental buat ibu bapa dan beliau sembilan beradik.

Bahkan, rumah berkenaan adalah bukti kerja keras bapanya untuk memberikan tempat tinggal terbaik untuk ahli keluarga.

Baca juga: “Anak isteri patah hati bawa diri.” 1001 cerita pilu di sebalik kejayaan beli rumah lelong

Baca juga: H [VIDEO] Murah selalunya seram, bermasalah. Hati-hati beli rumah lelong

“1542, Kampung Banggol Karah, syurga yang kami diami sejak 1984.

“Daripada rumah kayu, ayah berkerja keras besarkan tambah konkrit,” kongsinya.

Malah, rumah berkenaanlah menjadi tempat berkumpul beliau dan adik-beradik yang lain setiap kali menjelang hari raya. Biarpun sederhana, ia dianggap sangat istimewa.

Oleh sebab itu, kesemua adik-beradik Jihan telah pulang beraya ke rumah tersebut pada hari raya bagi mengucapkan salam terakhir kepada setiap inci bangunan yang memberikan seribu satu makna kehidupan buat mereka.

“Terima kasih emak dan ayah sediakan rumah yang umpama syurga untuk kemi sekeluarga.

Baca juga: Rumah agam 99 pintu di Pulau Pinang rosak ditimpa kren produksi. Dibina awal kurun ke-19, berikut 10 fakta menarik

Baca juga: Renovasi rumah flat persis teres, ini reaksi agamawan. ‘Awas penceroboh harta, doa orang dizalimi makbul!’

“Tapi terlalu sedih bila syurga yang kami diami dan yang kami berteduh terpaksa dirobohkan demi pembangunan,” luahnya.

“Kadang-kadang apa yang kita sayang, itulah yang terpaksa kita lepaskan,” katanya.

Menghargai memori sejak kecil dan setiap ruang teratak indah itu, Aidilfitri tahun ini Jihan dan lapan adik-beradik yang lain pulang beraya di sana.

Baca juga: [VIDEO] Gagal kawal emosi rumah pusaka musnah, penduduk serang bomba. Dakwa lambat sampai padam kebakaran

Baca juga: ‘Bila mak ayah ada hoarding disorder.’ Anak menantu nekad kemas & bersihkan rumah ketika ibu bapa tunai umrah!

“Kutip setiap saki-baki memori yang masih tersisa di sini.

Iklan

“Terlalu sedih bila berkemas dan sejak melihat semula album-album lama, rasa macam ditarik semula ke belakang waktu,” ujar Jihan.

Menyelami perasaan kedua ibu bapanya, Jihan menyifatkan mereka adalah insan yang paling berduka cita kerana terpaksa melepaskan hasil titik peluh dan keringat yang penuh dengan kenangan.

Ujarnya, menjalani hari-hari terakhir bersama di rumah itu, kedua-dua ibu bapanya dilihat banyak termenung.

Pun begitu, Jihan terus positif dan menyatakan takdir itu memberikan hikmah yang tidak ternilai buat beliau sekeluarga dan pengajaran agar lebih menghargai setiap kenangan yang dicipta ketika nyawa masih dikandung badan.

Iklan

Untuk rekod, ECRL adalah rangkaian kereta api yang menghubungkan negeri-negeri di Pantai Timur dengan Lembah Klang diijangka siap sepenuhnya menjelang 2026.

Ia terdahulu dicadang untuk menghubungkan landasan kereta api antara Kuala Lumpur ke Kota Bharu melalui Wilayah Ekonomi Pantai Timur iaitu Pahang, Terengganu dan Kelantan.

Projek ECRL menjangkau 665 kilometer bernilai hampir RM75 bilion merentasi Wilayah Ekonomi Pantai Timur iaitu Pahang, Terengganu, Kelantan dan Selangor sebagai asas pertumbuhan ekonomi dan kemajuan sosial.

ECRL yang dimiliki dan dikendalikan oleh Malaysia Rail Link (MRL), sebuah entiti baru yang ditubuhkan di bawah Kementerian Kewangan.

Sumber: TikTok

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!