SUATU ketika dahulu dunia seni pernah digemparkan dengan berita penghijrahan selebriti terkenal Mizz Nina apabila mengambil keputusan untuk berhijrah ketika namanya sedang meningkat naik.

Selepas dilihat berhijrah, beliau masih lagi muncul di kaca televisyen malah juga bergiat aktif dalam menyampaikan dakwah.

Mizz Nina lebih terkenal dengan pelbagai kerja-kerja dakwah menerusi rancangan islamik terbitannya sendiri, DopsTV.

Mizz Nina lancarkan aplikasi Islamik, Qalby App terima pujian ramai

Terbaharu, isteri kepada Noh Salleh atau lebih dikenali dengan panggilan Noh Hujan yang juga seorang penyanyi itu telah melancarkan sebuah aplikasi mudah alih berkonsepkan gaya hidup Muslim yang diberi nama Qalby App.

Qalby App dibina bagi memudahkan perkongsian mengenai ilmu dan keindahan Islam menerusi digital.

Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman memaklumkan melalui perkongsiannya di akaun Instagram miliknya bahawa aplikasi tersebut kini telah tersedia di Google Playstore dan Apple Store sejak bulan lalu, namun ia sedang dalam peringkat percubaan.

Mizz Nina lancarkan aplikasi Islamik, Qalby App terima pujian ramai

Iklan

Aplikasi Islamik tersebut telah mencuri tumpuan ramai kerana ia menyediakan pelbagai ciri seperti waktu solat, e-journal, arah kiblat, bacaan al-Quran dan banyak lagi.

Sejak Qalby App tersedia di Google Playstore, aplikasi itu telah dimuat turun oleh ramai pengguna yang turut berkongsi kegembiraan selain terdapat permintaan di kalangan pengikutnya.

Iklan

Tahniah dan syabas Mizz Nina! Satu usaha dan pencapaian yang patut dibanggakan!