Mizz Nina mohon bantuan kesan sepupu hilang

A
A
A

SELEBRITI yang juga aktivis, Mizz Nina memohon pertolongan orang ramai untuk sama-sama membantu mengesan sepupunya yang hilang baru-baru ini.

Menerusi laman Instagram miliknya, Nina atau nama sebenarnya, Shazrina Azman, 42, turut memuat naik flyer mengandungi maklumat mengenai sepupunya, Khairina Mohd Hishamuddin, 26, yang merupakan orang kurang upaya (OKU) pembelajaran.

"Sepupu saya hilang, dia seorang OKU. Jika anda pernah ternampak dia, sila hubungi nombor telefon di flyer.

"Tolong sebarkan dan semoga ALLAH permudahkan. Amin," tulis Nina.

MIZZ NINA

Dalam flyer tersebut, turut dinyatakan Khairina tidak memiliki telefon bimbit malah dia juga tidak pernah keluar rumah secara sendirian sebelum ini.

Khairina yang berkulit sawo matang dilihat kali terakhir di kediaman keluarganya di Kampung Baru, Kuala Lumpur pada Sabtu lalu (13 Ogos).

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca