MK K-Clique bersyukur diberi peluang dan kepercayaan

PERCUBAAN berani rapper, MK daripada kumpulan K-Clique melibatkan diri dalam dunia lakonan ternyata membuahkan hasil.

Akui MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan, rezekinya dalam bidang lakonan semakin baik sejak akhir-akhir ini.

“Alhamdulillah tawaran itu memang ada. Saya lihat tawaran berlakon sebagai satu  peluang dan saya serius dengan peluang yang diberikan.

“Macam pengarah Oh My Hantaran, Shuhaimi Lua cakap, apa yang penting ada minat dan kesungguhan.

Iklan
Iklan

“Buat masa ini, saya masih dalam fasa pembelajaran, saya perlu mencari ilmu dan banyak lagi yang perlu saya pelajari,” ujar jejaka berusia 25 tahun itu ketika ditemui pada majlis sidang media drama terbaharu lakonannya, Oh My Hantaran yang diadakan secara virtual pada Selasa.

MK mengakui semakin serius dalam bidang lakonan.

Selain MK, drama bersiri 20 episod yang disiarkan di slot Diandra TV9 itu turut dibintangi rakan sekumpulannya, Noki serta Elisya Sandha.

Dalam drama berkenaan, MK memegang watak gengster kampung bernama Rizal, yang cuba memusnahkan impian perkahwinan Mail dan Mira.

Bagi membuktikan kesungguhannya dalam bidang lakonan, anak kelahiran Tawau, Sabah itu masih berusaha untuk memperbaiki dialeknya dan memasuki kelas lakonan.

“Saya tidak akan selama-lamanya kekal dengan dialek Sabah sebab saya nak juga cuba ​pelbagai watak lagi.

“Insya-ALLAH saya akan berusaha untuk ubah dan belajar juga tentang dunia lakonan seperti memasuki kelas.

“Selain itu saya juga menonton drama-drama tempatan dan dari situ saya belajar tentang sudut kamera dan cara berlakon,” katanya yang berharap diberi peluang membawa watak antagonis.

Berharap tahun 2022 akan lebih baik buat semua.

Dalam pada itu, ditanya perancangannya untuk tahun 2022, MK berkata, dia berharap dapat mengatur kembali kerjaya seninya dengan lebih baik.

Katanya, selain mahu memantapkan lagi karier lakonan, dia juga berharap perancangan K-Clique untuk tampil dengan projek baharu dipermudahkan.

“Setelah lama K-Clique berehat, kami merancang untuk kembali aktif dengan lagu baharu.

“Saya juga berharap berpeluang sertai lebih banyak kelas lakonan untuk tahun 2022,” jelasnya.

Share
Aqmar Mustaza

 

Published by
Aqmar Mustaza

Recent Posts

‘Alhamdulillah, selesai’. Individu hina anak Caprice melutut mohon maaf, solat taubat di masjid

BARU-baru ini penyanyi hip hop dan pempengaruh, Caprice, 36 dan isteri, Farra Inalis, 29, menzahirkan…

4 hours ago

Bagusnya! Rider jujur dipuji warganet maklumkan pelanggan kedai tiada sijil halal, hati-hati tempah makanan online

TULAR satu video di media sosial memaparkan seorang penunggang p-hailing memberi peringatan kepada pelanggan tentang…

8 hours ago

‘Kepala pusing macam kena gempa bumi’. Wanita derita vertigo dan diserang strok dua kali mohon bantuan

SEJAK diserang strok pada enam tahun lalu, kehidupan wanita bernama Jamilah Mohamad tidak selincah dahulu.…

9 hours ago

Perpisahan tiada unsur orang ketiga, Redza Syah Azmeer dedah sudah maklumkan perkahwinan kepada Irma Hasmie

PERKAHWINAN, Redza Syah Azmeer Mohd Radzuan dengan wanita pilihan, Nur Hafiza Mohd Salim baru-baru ini…

10 hours ago

Ulang tahun ke-25 Akhyar Rashid tragis disamun 2 perompak, Eyka Farhana setia temani di hospital

PELAKON Eyka Farhana kelihatan menemani pemain sayap Terengganu FC (TFC), Akhyar Rashid selepas lelaki itu…

12 hours ago

Nedim nafi rumah tangga bergolak, akui masih sayangkan Nora. ‘Hanya gaduh-gaduh manja’

EKORAN pengakuan pelakon Nora Danish mengenai kemelut yang melanda rumah tangganya, terbaharu suaminya, Nedim Nazri…

15 hours ago