MK K-Clique kini bergelar suami

MK K-CLIQUE - NIKAH
MK K-CLIQUE - NIKAH
A
A
A

ANGGOTA kumpulan K-Clique, MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan sah bergelar suami apabila selamat disatukan degan gadis pilihannya, Siti Hajaar Syeikh Nordin, 26, dengan sekali lafaz pada Jumaat.

Pasangan ini dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah Kariah Masjid, Mahdi Mat Zain dengan berwalikan bapa pengantin perempuan, Datuk Seri Dr Syeikh Nordin Sheikh Ahmad.

Majlis ijab kabul yang berlangsung di Masjid Jamiul Huda, Ampang, Selangor, sekitar 9.35 pagi itu turut menyaksikan MK, 27, menyerahkan mas kahwin sebanyak RM302 dan seutas gelang tangan kepada Siti Hajaar.

Pengantin perempuan turut menerima enam dulang hantaran berbalas dengan jumlah sama, manakala wang hantaran dirahsiakan.

“Alhamdulillah semuanya berjalan lancar walaupun persiapan dilakukan dalam tempoh singkat. Syukur dah jadi suami.

“Doakan kebahagiaan kami bersama,” ujar MK selepas sah bergelar suami.

Majlis resepsi pasangan ini akan diadakan di sebuah hotel di Klang, Selangor pada Sabtu.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca