Molek FM, siaran radio baharu pendengar Pantai Timur

MOLEK FM
MOLEK FM
A
A
A

SELEPAS kejayaan platform radio Media Prima, Media Prima Audio (MPA) dalam menjenamakan semula radionya pada bulan Ogos lalu, kini Media Prima Audio mengumumkan pembukaan stesen radio baharu di bawah naungannya iaitu Molek FM.

Molek FM dengan tagline Gu Pantai Timur akan menjadi stesen radio yang memberikan hiburan dan meraikan komuniti Pantai Timur melalui gaya hidup, warisan dan tradisi setempat serta akan memainkan muzik terbaik yang dikenali ramai.

Stesen radio ini juga menyasarkan pendengar berusia 18 tahun hingga 39 tahun dan akan memfokuskan pendengar di sebelah Pantai Timur iaitu di Kelantan dan Terengganu.

Barisan penyampai radio dan pengisian Molek FM akan diumumkan pada 7 Januari akan datang.

Molek FM boleh didengari menerusi frekuensi 105.1 FM di Kota Bharu dan 93.6 FM di Kuala Terengganu.

Untuk mengetahui pelbagai info lanjut mengenai Molek FM, boleh terus ikuti laman sosial Molek FM di Facebook Molekfm, Instagram @molekfm dan Twitter @MolekFM serta YouTube Molek TV.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca