Nad Zainal semakin baik, keluarga pohon teruskan doa

B1F78266-893B-4620-BD75-5274C00C6F02
B1F78266-893B-4620-BD75-5274C00C6F02
A
A
A

PENERBIT dan pengarah, Shahrulezad Mohameddin memaklumkan keadaan aktres Nad Zainal semakin baik berbanding Khamis.

Menurut Shahrulezad yang juga pengarah Cina Buta, doktor bagaimanapun tidak mahu tergesa-gesa untuk ‘menyedarkan’ pelakon berusia 32 tahun itu, bagi memastikan paru-parunya sudah cukup kuat untuk berfungsi seperti sediakala.

“Buat masa sekarang, Nad masih ditidurkan. Tujuh doktor sedang memantau keadaannya dan alhamdulillah setakat ini dia semakin stabil.

“Cuma Nad sekarang tidak boleh diganggu atau menerima kedatangan pelawat kerana dia masih dalam pemantauan. Dalam masa sama dibimbangi dijangkiti kuman,” katanya kepada SinarPlus.

Tambah Shahrulezad, keluarga juga memohon agar doa buat Nad berterusan dan ibu kepada Fahad Ibrahim, 6, dan Budi Kalsom, setahun diberikan kekuatan dalaman untuk dirinya sendiri.

Nad atau nama penuhnya Farah Nadia Zainal Abidin dikejarkan ke unit kecemasan pada Isnin lalu dan doktor mengesahkan paru-parunya dipenuhi darah selepas menjalani imbasan tomografi berkomputer (CT Scan).

Beberapa hari lalu, aktres berusia 32 tahun itu dilaporkan kritikal di ICU sebuah hospital swasta di Ampang, dipercayai akibat masalah autoimun.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca