Nad Zainal tunjuk perkembangan positif

NAD ZAINAL 101
NAD ZAINAL 101
A
A
A

PELAKON Nad Zainal yang kini masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri sejak Ahad lalu dilaporkan mula menunjukkan perkembangan positif pada pagi Khamis.

Berita tersebut dikongsi pelakon dan pengacara Sherry Al-Hadad kepada beberapa rakan artis yang turut memuat naik perkembangan terkini itu di media sosial masing-masing.

Menurut Sherry, ibu Nad memaklumkan keadaan kesihatan anak tunggalnya itu kini lebih baik berbanding semalam.

“Doktor dah hubungi, hari ini semakin baik. Akan dirawat oleh doktor buah pinggang pula sebab terdapat kesan sedikit terjejas.

“Bagaimanapun hari ini keadaannya lebih elok berbanding semalam. Mesej daripada emak Nad,” kongsi penyampai radio Suria FM, Sharifah Shahirah di Instagram Story.

Sementara itu, pengarah Shahrulezad turut berkongsi perkembangan terkini bintang utama drama Cina Buta itu menerusi Instagram miliknya.

“Alhamdullilah. Perkembangan Nad pagi ini semakin positif. Tahap oksigen dia dah naik balik pada bacaan 100. Pendarahan dalam paru-paru dia dah berhenti,” ujarnya.

Tambahnya lagi, keadaan Nad, 32, semalam cukup kritikal dan mencemaskan keluarga dan rakan-rakan yang setia menanti perkembangan terkini pelakon itu.

“Semalam adalah satu situasi yang cukup mencemaskan buat kami semua rakan-rakan Nad. Cukup kritikal.

“Tapi ternyata berkat doa semua alhamdullilah keadaan Nad semakin stabil pagi ini. Teruskan berdoa.

“Terima kasih kepada Ungku Ismail Aziz yang sentiasa berada di sana dari hari pertama Nad di hospital sampai lewat malam. Mujur jugak ada Is yang boleh berkomunikasi dengan doktor dan menyampaikan perkembangan pada kami semua,” katanya.

Dalam perkongsian sama, pengarah itu juga merakamkan ucapan terima kasih kepada orang ramai yang mendoakan Nad.

“Saya seikhlas hati ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga pada semua netizen, peminat Nad dan media yang tak putus putus mendoakan Nad.

“Saya kembalikan doa yang sama untuk kalian juga. Budi baik kalian hanya ALLAH yang mampu balas.Nanti kalau ada apa-apa perkembang baharusaya akan beritahu,” katanya.

Terdahulu dunia hiburan dikejutkan dengan berita Nad dalam keadaan kritikal selepas dimasukkan ke hospital sejak Ahad lalu akibat jangkitan kuman pada paru-paru.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca