EKORAN pengakuan pelakon Nora Danish mengenai kemelut yang melanda rumah tangganya, terbaharu suaminya, Nedim Nazri tampil.membuat pengakuan.

Memetik laporan oleh Berita Harian, pemikik nama sebenar, Mohamad Nedim Nazri menegaskan rumah tangganya masih dalam keadaan baik. Pengakuan tersebut dibuat menerusi satu sesi siaran langsung di Instagram (IG).

Baca ni ‘Minggu depan tak siap, masuk penjara!’ 4 bulan inap hotel, 3 bulan tumpang rumah ibu, Nora Danish kecewa ditipu kontraktor

Nora danishBahkan, beliau memaklumkan dirinya dan Nora hanya ‘gaduh-gaduh manja’ sahaja.

“Tak ada apapun, saya sayangkan isteri saya. Tolonglah, jangan buat lawak mengarut. Janganlah cakap pasal berpisah, tak baik,’ujarnya.

Malah katanya lagi, mereka suami isteri dalam keadaan yang baik-baik sahaja.

“Saya dan isteri masih baik, kami adalah rakan dan pasangan yang baik.

“Gaduh-gaduh manja itu betul. Masalah kecil sahaja, kami okay dan kami masih baik.,” kata Nedim.

noraMenerusi sesi siaran langsung itu, rata-rata warga maya melahirkan rasa sebak da menitipkan doa semoga pasangan suami isteri itu baik-baik sahaja.

Pun demikian bapa kepada dua orang cahaya mata itu tidak menafikan dakwaan mereka kini tinggal berasingan.

Namun katanya, langkah tersebut adalah kerana kediaman mereka masih dalam proses pengubahsuaian.

“Insya-ALLAH, tak ada benda, memang kami duduk berasingan sebab rumah masih dalam proses ubah suai.

Terdahulu, Nora atau nama sebenarnya Nora Mohd Danish Hanif ramai pihak apabila mendedahkan rumah tangganya sedang bergolak.

Nora Danish 1Menurut Nora, beliau dan suami sudah tinggal berasingan sejak tiga bulan lalu.

Pelakon ‘berusia 42 tahun itu memaklumkan mereka sedang berusaha untuk memulihkan pergolakan tersebut dan menegaskan penceraian merupakan jalan terakhir bagi kemelut tersebut.

Sekadar info, Nora dan Nedim mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 2017 dan hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Mohamed Neqayl, 6.

nedimUntuk rekod, Nora pernah mendirikan rumah tangga dengan Datuk Rizal Ashram atau Jejai pada 20 Jun 2006 sebelum bercerai pada 10 Julai 2008.

Mereka juga mempunyai seorang cahaya mata yang bernama Putra Rayqal, 15 hasil daripada perkahwinan tersebut.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat! 

Iklan

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang! 

 

 

 

 

Iklan