Neelofa jadi hos Rumah Terbuka Airbnb pertama di Malaysia

NEELOFA - HOS AIRBNB
NEELOFA - HOS AIRBNB
A
A
A

USAHAWAN dan pengacara Neelofa teruja menjadi selebriti pilihan syarikat antarabangsa Airbnb sebagai ‘co hos’ Rumah Terbuka Airbnb yang pertama di Malaysia.

Kempen Rumah Terbuka sempena Aidilfitri itu bakal berlangsung di Villa Sekebun Bunga, Batang Kali, Selangor pada 20 hingga 22 Mei ini.

Neelofa, 34, menyifatkan kerjasama tersebut sebagai peluang terbaik untuknya berkongsi tentang keindahan di Malaysia.

“Sempena hari raya Aidilfitri ini, saya amat berbesar hati untuk menjadi hos Airbnb dan mengendalikan Rumah Terbuka Airbnb yang pertama di salah satu penginapan Superhos kegemaran saya di luar bandar.

“Alhamdulillah, saya teruja apabila dipilih pada kempen yang dibuat Airbnb di sini. Insya-Allah, jika sambutan bagus akan diteruskan di tempat lain pula,” ujarnya.

Sekebun Bunga menawarkan percutian bertemakan alam semula jadi yang indah untuk tetamu beristirahat dan mengeratkan silaturahim dengan orang tersayang.

Para tetamu berpeluang menghayati keindahan alam semula jadi dan keramahan hos mereka, termasuk sesi memasak yang menyeronokkan bersama Neelofa.

Malah ibu kepada seorang cahaya mata itu akan berkongsi cara menyediakan hidangan Raya yang lazat dan diilhamkan daripada salah satu resipi keluarganya.

“Saya tidak sabar untuk berkongsi dengan tetamu suasana penuh kemesraan dan keramahan yang merupakan bahagian penting dalam perayaan keluarga saya sendiri, serta memasak bersama mereka,” katanya yang akan ditemani dua lagi Superhos iaitu Susean dan Izu.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca