PELAKON Julia Farhana Marin berkongsi khabar gembira mengenai statusnya yang kini sudah bergelar isteri kepada Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum.

Difahamkan, pasangan itu selamat diijab kabulkan dalam satu majlis tertutup di sebuah hotel di ibu negara pada 14 Disember lalu.

“Saya ingin berkongsi bahawa saya kini secara rasminya menjadi isteri Dr Che Hafiz dan ini adalah foto tidak rasmi majlis pernikahan kami bersama kedua-dua belah keluarga.

“Kami ingin memohon maaf kerana lambat membuat pengumuman ini kepada rakan-rakan, teman media dan semua pihak yang tidak mengetahui mengenai majlis kami kerana kami mahukan privasi hanya dengan kaum keluarga,” ujarnya menerusi Instagram.

Difahamkan kedua-dua mempelai sudah berbulan madu di beberapa lokasi di Indonesia sebelum sepakat berkongsi berita gembira ini kepada umum.

Dalam pada itu, Dr Che Hafiz yang juga bekas suami penyanyi Lufya Omar turut berharap semua pihak mendoakan yang terbaik untuk perkahwinan keduanya ini.
Che Hafiz memohon maaf kerana tidak menjemput rakan-rakan dan media kerana majlis pernikahan itu hanya dihadiri oleh keluarga terdekat.

Pasangan ini memohon doa daripada orang ramai agar mahligai yang dibina ini kekal hingga akhir hayat.

Iklan

“Alhamdulillah sesi akad nikah berjalan dengan lancar

“Saya juga mohon agar sahabat-sahabat semua dapat mendoakan semoga saya dan juga isteri menjadi pasangan yang sentiasa mendapat keberkatan-Nya hingga ke Jannah,” tulisnya.

Iklan

Sebelum ini, Che Hafiz pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi Lufya pada 26 November 2016 dan dikurniakan Laana Haura yang kini berusia lima tahun.

Bagaimanapun, Lufya dan Dr Hafiz bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling, Shah Alam pada pada 17 Jun 2020.