‘Panggil kak Ja saja…’ – Heliza Helmi terbuka tanpa gelaran Datin Seri

HELIZA
HELIZA
A
A
A

BIARPUN sudah bergelar Datin Seri Nur Heliza Helmi selepas mendirikan rumah tangga dengan tokoh korporat, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman, namun penyanyi, pelakon dan aktivitis kemanusiaan itu tidak kisah andai ada yang memanggilnya dengan panggilan nama seperti sebelum ini.

Jelas Heliza, dia juga tidak kisah andai ada yang masih mahu menyapanya dengan panggilan Kak Ja dan merasa cukup selesa untuk berbual bersama-sama teman yang mengenalinya sejak dari dulu selain berasa dekat dengan peminat dan masyarakat.

“Ya, saya masih orang yang sama. Panggil saja Kak Ja. Saya okey saja sekiranya tidak dipanggil dengan sebarang gelaran Datin Seri.

“Biasa bila buat program motivasi dengan pelajar, panggilan Kak Ja tu buatkan saya merasa dekat seperti adik-beradik.

“Kalau teman media nak panggil saya Heliza saja seperti sebelum ini pun tak mengapa,” katanya ketika ditemui pada sidang pelancaran Road To Heaven di Pawagam P Ramlee Finas, Ulu Kelang pada Selasa.

Tambah bintang berusia 36 tahun itu, dia juga tidak menolak sekiranya ada antara kenalan atau peminat yang menyapanya dengan gelaran Datin Seri.

“Sekiranya ada juga yang memangil gelaran itu, saya tetap raikan. Atau untuk majlis formal atau rasmi kita ikutlah tapi untuk panggilan boleh saja Heliza atau Kak Ja,” jelasnya.

Heliza dan Mahadi disatukan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya, pada 1 Januari lalu.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca