Patung lilin Lee Chong Wei di Madame Tussauds Singapura

SETELAH pengumuman rasmi pada 2020, Madame Tussauds Singapura akhirnya melancarkan patung lilin jaguh badminton kebanggaan negara, Datuk Lee Chong Wei pada Khamis.

Bekas pemain badminton No.1 dunia yang kini berusi 40 tahun itu merupakan atlet Malaysia pertama yang diabadikan dalam bentuk patung lilin di Madame Tussauds.

Patung lilin Lee Chong Wei kini berdiri sama tinggi dengan atlet-atlet terkemuka dunia lain termasuk pemain bola sepak legenda Cristiana Ronaldo dan David Beckham.

Atlet kelahiran Bagan Serai, Perak itu menempa nama di arena sukan antarabangsa apabila dinobatkan sebagai Pemain Badminton Terbaik Dunia selama 349 minggu, di mana beliau menduduki tangga teratas selama 199 minggu berturut-turut.

Iklan
Iklan

Selain meraih 69 gelaran siri super, Chong Wei juga mewakili Malaysia sebagai duta muhibah UNICEF.

Pada November 2019, pasukan Madame Tussauds telah mengambil 200 ukuran atlet ikonik itu secara teliti dalam satu sesi pengukuran badan yang berlangsung selama enam jam.

Setelah mengharungi dua tahun penuh dengan pancaroba, Madame Tussauds Singapura teruja mempersembahkan patung lilin Chong Wei kepada para peminat di Asia Tenggara sebelum ia diletakkan di Madame Tussauds Hong Kong.

Patung lilin Lee Chong Wei di Singapura akan dipindahkan di Madame Tussauds Hong Kong pada suku pertama 2023 untuk paparan kekal.

Menariknya, atlet tersebut turut menyumbangkan jersi rasminya daripada perlawanan terakhir di gelanggang Olimpik di Rio 2016 ketika memenangi pingat perak, sekali gus menjadikan patung lilin yang cukup seiras dengan dirinya itu lebih istimewa.

Sementara itu, Chong Wei turut meluahkan keterujaanya untuk berkongsi patung lilin beliau dengan peminat.

“Saya sangat teruja akhirnya dapat berkongsi patung lilin saya bersama peminat dari seluruh dunia.

“Pasukan di Madame Tussauds sudah memerah keringat untuk menjayakan usaha itu. Mereka sungguh teliti dalam menjalankan tugas untuk ‘mencipta semula’ saya, dan saya amat menghargai peluang dan penghormatan ini,” katanya yang bersara daripada sukan badminton pada 2019.

Pengurus Besar, Madame Tussauds Singapura, Steven Chung, pula berbangga apabila berkesempatan menjadi tuan rumah kepada patung lilin Lee Chong Wei.

“Jaguh sukan adalah individu yang luar biasa. Mereka memiliki aura unik yang mampu menawan hati peminat dan memberi inspirasi kepada generasi muda dari seluruh dunia.

“Kami berbangga dipilih sebagai Madame Tussauds pertama yang mempamerkan Lee Chong Wei, salah seorang figura tersohor di rantau ini, termasuk di Singapura, yang mana beliau akan berdiri sebaris dengan gergasi-gergasi dalam ‘Dewan Kemasyhuran Sukan’ kami sendiri,” ujarnya.

Peminat yang ingin menyaksikan patung lilin Lee Chong Wei boleh melayari laman sesawang Madame Tussauds Singapura di www.madametussauds.com/singapore untuk membeli tiket tarikan pelancongan sebelum ia berlepas ke Madame Tussauds Hong Kong pada suku pertama 2023 untuk paparan kekal.

Share
Wawann Mohd

Biodata Penulis

Recent Posts

Inspirasi! Michelle Yeoh pecah stereotaip, terima Pingat Kebebasan Presiden dari Joe Biden

BINTANG Hollywood kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh sekali lagi mencipta nama apabila menerima penghormatan…

5 hours ago

‘Alhamdulillah, selesai’. Individu hina anak Caprice melutut mohon maaf, solat taubat di masjid

BARU-baru ini penyanyi hip hop dan pempengaruh, Caprice, 36 dan isteri, Farra Inalis, 29, menzahirkan…

19 hours ago

Bagusnya! Rider jujur dipuji warganet maklumkan pelanggan kedai tiada sijil halal, hati-hati tempah makanan online

TULAR satu video di media sosial memaparkan seorang penunggang p-hailing memberi peringatan kepada pelanggan tentang…

22 hours ago

‘Kepala pusing macam kena gempa bumi’. Wanita derita vertigo dan diserang strok dua kali mohon bantuan

SEJAK diserang strok pada enam tahun lalu, kehidupan wanita bernama Jamilah Mohamad tidak selincah dahulu.…

24 hours ago

Perpisahan tiada unsur orang ketiga, Redza Syah Azmeer dedah sudah maklumkan perkahwinan kepada Irma Hasmie

PERKAHWINAN, Redza Syah Azmeer Mohd Radzuan dengan wanita pilihan, Nur Hafiza Mohd Salim baru-baru ini…

1 day ago

Ulang tahun ke-25 Akhyar Rashid tragis disamun 2 perompak, Eyka Farhana setia temani di hospital

PELAKON Eyka Farhana kelihatan menemani pemain sayap Terengganu FC (TFC), Akhyar Rashid selepas lelaki itu…

1 day ago