Pelakon Bollywood, Tunisha Sharma ditemui mati di set penggambaran

PELAKON BOLLYWOOD TUNISHA SHARMA
PELAKON BOLLYWOOD TUNISHA SHARMA
A
A
A

PELAKON Bollywood Tunisha Sharma ditemui tidak bernyawa di set penggambaran drama terbaharu lakonannya, Visai di Mumbai, India pada Sabtu.

Sebelum kejadian, Tunisha, 20, dikatakan pergi ke tandas namun hilang dalam tempoh yang lama dan tidak kembali semula menyambung penggambaran.

Krew produksi yang menyedari kehilangannya memecahkan pintu bilik mekap dan menemui pelakon itu dalam keadaan tergantung pada kipas siling.

Pihak polis memberitahu media tempatan bahawa jasad Sharma kemudiannya dikejarkan ke hospital untuk disahkan kematiannya dan akan menyiasat kes itu dari semua sudut termasuk jenayah pembunuhan.

Pada hari sama, Tunisha didapati ada memuat naik video di Instagram Story ketika berada di set penggambaran drama tersebut.

Meninjau ruangan Instagram miliknya, rata-rata peminat dan pengikutnya meluahkan kesedihan atas apa yang berlaku. Insiden tersebut amat mengejutkan mereka yang mengenali pelakon itu.

Tunisha sebelum ini pernah membintangi drama Bharat Ka Veer Putra – Maharana Pratap, Chakravartin Ashoka Samrat, Gabbar Poonchwala, Sher-e-Punjab: Maharaja Ranjit Singh dan lain-lain.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca