“Jangan suka-suka kecam mereka berniqab tidak memakai mask”- Datuk Nurul Hidayah

DATUK Nurul Hidayah Ahmad Zahid menepis dakwaan sesetengah individu mengatakan golongan berniqab tidak memakai pelitup muka seperti mana yang digariskan dalam prosedur operasi standard (SOP) bagi mengekang penularan Covid-19.

Bicara anak kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi itu, beliau yakin selama ini majoriti wanita berniqab ataupun berpurdah sentiasa memakai topeng muka untuk pelindungan diri.

“Sebenarnya, tiada masalah pun untuk memakai mask di bawah niqab.

“Kami mempunyai cara tersendiri memakai pelitup muka secara kemas. Ia akan terletak di bahagian dalam manakala niqab menutupi bahagian luarnya,” jelas beliau menerusi video yang dimuat naik dalam Instagram miliknya @nurul.zahid

Iklan
Iklan
baru-baru ini.
NURUL HIDAYAH menepis dakwaan sesetengah individu yang mengatakan golongan berniqab tidak memakai pelitup muka seperti mana disarankan dalam SOP mengekang pandemik Covid-19.

Artikel berkaitan: Wanita Berpurdah Juga Wajib Pakai Pelitup Muka

BAHAGIA. NURUL HIDAYAH (kanan) disamping suami tercinta Saiful Nizam.

Cerita isteri kepada Datuk Saiful Nizam Mohd Yusoff tersebut, ironinya golongan berniqab dan berpurdah lebih mudah mengikut arahan ditetapkan.

“Sebenarnya kita lagi senang nak ikut arahan berbanding mereka yang lain. Arahan daripada ALLAH, insya-ALLAH kita patuh.

“Tapi, jangan suka-suka mengecam mereka yang berniqab ataupun berpurdah tidak memakai mask (pelitup muka). Kita cuba menahan diri daripada marah,” ujar Nurul Hidayah.

NURUL HIDAYAH menyarankan agar wanita berniqab kekal istiqamah dan pada masa sama memakai mask sebagai pelindung diri.

Beliau menambah, video tersebut dihasilkan adalah untuk mendidik orang ramai bahawa wanita berniqab tiada masalah memakai pelitup muka.

“Saya berharap mereka yang berniqab di luar sana jangan berasa sedih. Teruskan istiqamah (berniqab) sambil memakai mask bersesuaian untuk hijab.

“Jika orang masih menegur kelihatan bentuk hidung nak buat macam mana kerana niqab berasaskan fabrik lembut bukannya kain jenis jean (tebal).

“Kita jaga apa yang ALLAH perintah dan ALLAH akan jaga kita,” tutur Nurul Hidayah.

Video berdurasi dua minit 10 saat itu mendapat 37,996 jumlah tontonan dan 2,833 likes setakat artikel ini ditulis.

Artikel berkaitan“Pakai Niqab Tak Perlu Pakai Face Mask Ke?- Netizen Dakwa Neelofa Tidak Pakai Pelitup Muka Ke Mahkamah

Terdahulu, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan, memakai niqab atau pelindung muka tanpa pelitup hidung dan mulut adalah salah di bawah Akta 342.

Beliau turut menjelaskan, ia tidak boleh dijadikan alasan untuk tidak memakai pelitup muka.

Foto: Instagram @nurul.zahid 

Share
Izyan Liyana

 

Published by
Izyan Liyana

Recent Posts

‘Alhamdulillah, selesai’. Individu hina anak Caprice melutut mohon maaf, solat taubat di masjid

BARU-baru ini penyanyi hip hop dan pempengaruh, Caprice, 36 dan isteri, Farra Inalis, 29, menzahirkan…

4 hours ago

Bagusnya! Rider jujur dipuji warganet maklumkan pelanggan kedai tiada sijil halal, hati-hati tempah makanan online

TULAR satu video di media sosial memaparkan seorang penunggang p-hailing memberi peringatan kepada pelanggan tentang…

7 hours ago

‘Kepala pusing macam kena gempa bumi’. Wanita derita vertigo dan diserang strok dua kali mohon bantuan

SEJAK diserang strok pada enam tahun lalu, kehidupan wanita bernama Jamilah Mohamad tidak selincah dahulu.…

9 hours ago

Perpisahan tiada unsur orang ketiga, Redza Syah Azmeer dedah sudah maklumkan perkahwinan kepada Irma Hasmie

PERKAHWINAN, Redza Syah Azmeer Mohd Radzuan dengan wanita pilihan, Nur Hafiza Mohd Salim baru-baru ini…

9 hours ago

Ulang tahun ke-25 Akhyar Rashid tragis disamun 2 perompak, Eyka Farhana setia temani di hospital

PELAKON Eyka Farhana kelihatan menemani pemain sayap Terengganu FC (TFC), Akhyar Rashid selepas lelaki itu…

12 hours ago

Nedim nafi rumah tangga bergolak, akui masih sayangkan Nora. ‘Hanya gaduh-gaduh manja’

EKORAN pengakuan pelakon Nora Danish mengenai kemelut yang melanda rumah tangganya, terbaharu suaminya, Nedim Nazri…

14 hours ago