Penampilan DJ Lin bertudung buat ramai teruja, doa agar istiqamah
PENGURUS Besar Suria FM, Roslinda Abdul Majid atau mesra disapa DJ Lin kini tampil dengan imej bertudung.
Menerusi laman sosial, DJ Lin dilihat berkongsi beberapa foto berhijab sejak pulang dari mengerjakan umrah baru-baru ini.
"Ikhlas itu daripada hati. ️Tulus itu suci tak terperi. Biar sebisa apa pun kata nista namun ALLAH lebih mengetahui.
"Suatu masa akan terserlah segala, insya-ALLAH semuanya pasti akan baik baik saja. Doakan #djlin moga terus istiqamah," kongsinya menerusi Instagram.
Baca juga: “Kalau orang nak pergi, dah tak ada hati, jangan dihalang..” – DJ Lin
Warganet rata-rata teruja dengan perkembangan terbaru wanita yang terkenal dengan rancangan radio Suria Cinta itu.
-“Terkedu lihat DJ Lin, semoga terus istiqamah Kak Lin.
-“Alhamdulillah DJ kesayangan dengan penampilan baru. Moga istiqamah Kak Lin sayang.”
-“Berseri seri ayu wajah DJ Lin favourite akak ni.”
-“Masya-ALLAH, makin ayu cantik, sejuk mata memandang DJ kesayangan ramai ni.”
-“Masya-ALLAH, cantiknya DJ Lin. Berseri-seri selepas balik dari umrah. Moga terus kekal istiqamah.”
-“Kak Lin paling manis berhijab.”
-“Ya ALLAH, serius DJ Lin nampak manis dan cantik sangat. Semoga istiqamah, insya-ALLAH dipermudahkan.”
Pada Jun 2022, ibu kepada dua cahaya mata itu kehilangan emaknya, Puteh Jantan akibat komplikasi bengkak jantung dan air memenuhi badan terutama paru-paru susulan kegagalan buah pinggang.
Mac lalu beliau sekali lagi kehilangan orang tersayang apabila abangnya, Mohd Yusof Abd Majid, 59, meninggal dunia akibat masalah pernafasan.
Cara pilih tudung agar tampak cantik
1) Pilih yang sesuai dengan bentuk muka
Pastikan anda memilih tudung yang sama saiz dan sesuai dengan bentuk muka anda. Jika kena dengan bentuk muka, ia kelihatan cantik dan terletak.
2) Kain yang senang dibentuk
Pakai tudung yang senang untuk dibentuk, seeloknya jenis kapas dan bawal. Anda akan rasa lebih selesa dan tampak kemas. Sebaik-baiknya tudung itu sepadan digayakan dengan baju anda sama ada kasual ataupun tidak rasmi.
3) Elak warna kusam
Bagi mengelak anda tampak lebih berusia, elakkan daripada memilih warna tudung yang gelap dan kusam. Pilihlah warna yang terang yang mampu membuatkan anda nampak ceria.
4) Jangan pakai tudung dan baju daripada warna yang sama
Cuba elakkan daripada memakai tudung dan baju dengan warna yang sedondon. Anda kena bijak bermain dengan warna agar penampilan anda menonjol dan berbeza.
5) Pilih tanpa corak
Sebenarnya anda kelihatan lebih ceria jika menggayakan tudung kosong dengan warna cerah seperti oren, kuning, merah jambu, biru dan sebagainya. Tudung tanpa corak juga sepadan digayakan dengan pakaian anda yang bercorak. Kalau dua-dua bercorak, nanti nampak berserabut.
Selamat mencuba ya!
Sumber: Instagram DJ Lin
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang