MANIS bertudung litup, Sultanah Kelantan, Sultanah Nur Diana Petra Abdullah sentiasa menjadi perhatian warga maya.

Semenjak dimahsyurkan pada 2 Ogos lalu, Sultanah Kelantan itu sering mencuri pandangan menerusi perkongsian foto di laman sosial.

Baca juga: [12 FOTO] Penampilan pertama Sultanah Nur Diana Petra Abdullah raih perhatian warganet

Baca juga: ‘Beauty with brain.’-Tengku Puteri Afzan Aminah kini graduan Sarjana Muda Sains Pengurusan dan Perakaunan

Sultanah Nur Diana mendahului senarai 769 penerima darjah kebesaran dan pingat sempena Hari Keputeraan Ke-53 Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.

Baginda dikurniakan gelaran Duli Yang Maha Mulia Sultanah Kelantan dan Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati Al-Yunusi (DK).

Sementara itu, Yang Teramat Mulia Che Puan Mahkota Kelantan, Che Puan Sofie Louise Johansson Petra menerima darjah kebesaran Seri Paduka Mahkota Kelantan (SPMK) membawa kepada gelaran Datuk.

Baca juga: [15 FOTO] Kemunculan Sultanah Nur Diana Petra sekali lagi jadi tumpuan, diiringi Che Puan Sofie

Baca juga: [15 FOTO] Kini berusia 11 tahun, kemunculan Raja Nazira Safya mengiringi ayahanda raih perhatian warganet

Tertarik dengan kemunculan Sultanah Nur Diana Petra, ramai mendoakan kesejahteraan baginda dan memuji penampilan baginda.

Iklan

– “Manis bertudung.”

– “MasyaALLAH manisnya bertudung litup, daulat Tuanku.”

– “Tahniah kepada Duli Yang Maha Mulia Sultanah Kelantan Sultanah Nur Diana Petra Abdullah di atas keanugerahan Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati (DK) atau Bintang Al-Yunusi. Semoga ALLAH memberkati Tuanku.”

Baca juga: Kejelitaan puteri bongsu negeri Terengganu curi perhatian netizen saat rai ulang tahun Hari Keputeraan ke-19

Iklan

Baca juga: Tenang air muka, cantik macam bonda.’-Wajah terkini Puteri Ameerah raih perhatian, dipuji persis ibunya, Azrinaz!

Sumber: Bernama, Sinar Harian, Unit Media Pejabat Sultan Kelantan, Urus Setia Penerangan dan Komunikasi Negeri Kelantan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.