Pencarian Nona Superwoman cungkil potensi usahawan wanita

Untitled design (22)
Untitled design (22)
A
A
A

BAGI meneruskan misi pencarian untuk memperkasakan golongan hawa, majalah Nona di bawah naungan Nu Ideaktiv membawakan program Pencarian Nona Superwoman.

Program yang disiarkan menerusi saluran Astro Prima selaku penganjur bersama dan penyiar rasmi merupakan sebuah pertandingan berkonsepkan realiti untuk mencungkil potensi golongan usahawan wanita khususnya kumpulan B40 dan M40 yang terjejas akibat pandemik Covid-19.

Ia sekali gus memberi inspirasi dan dorongan positif kepada segenap lapisan masyarakat yang ingin meneroka peluang sumber pendapatan baharu dengan menceburi bidang keusahawanan.Seramai 250 calon peserta telah menghadiri sesi uji bakat yang dikendalikan sepenuhnya secara dalam talian pada Mei lalu.

Daripada jumlah tersebut, seramai 12 finalis terbaik telah terpilih untuk menyertai musim pertama.

12 finalis Pencarian Nona Superwoman musim pertama ialah Syu Ramli (33, Melaka), Fazsfaozi (35, Perak), Linda Roos (36, Kuala Lumpur), Ana (26, Perak), Rina (35, Kelantan), Ayu Omar (28, Kuala Lumpur), Sya (32, Kelantan), Jiejie (26, Sabah), Ayda (30, Kelantan), Emma (37, Selangor), Sarah Ismail (34, Kuala Lumpur) dan Fazlia Akma (37, Kuala Lumpur).

Selebriti Awal Ashaari dan Ketua Pengarah Eksekutif USANITA, Datin Adzliana Hasan yang juga merupakan penerima anugerah Nona Best Strategic Business Thinker di Nona Superwoman Award 2020 telah diberi mandat untuk menggalas tanggungjawab selaku juri tetap.

Pelakon dan pengacara yang semakin meningkat naik, Uyaina Arshad akan mengemudikan pencarian kali ini sebagai hos program.

Program utama Pencarian Nona Superwoman bakal bersiaran selama lapan episod pada setiap hari Rabu, jam 9 malam mulai 22 September.

Ia akan bersiaran secara eksklusif di saluran Astro Prima HD (105) dan Astro Prima (125) serta turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro Go dan On Demand.

Juara Pencarian Nona Superwoman akan membawa pulang wang tunai RM30,000 berserta trofi, manakala peserta yang mendapat kedudukan di tangga kedua dan ketiga pula bakal membawa pulang wang tunai RM10,000 berserta trofi.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca