Pencipta Pegang Waktu, Drama Terbaik ASA2022

ASA2022
ASA2022
A
A
A

TELEFILEMPencipta Pegang Waktu diangkat sebagai pemenang Drama TV Terbaik pada malam kemuncak Anugerah Seri Angkasa 2022 (ASA 2022) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada Ahad.

Naskhah terbitan Nor Shahila Harun Shah yang disiarkan menerusi TV3 itu membawa pulang hadiah berupa Dana Kandungan Digital (DKD) bernilai RM200,000, trofi dan wang tunai berjumlah RM5,000.

Karya tersebut turut mengungguli kategori Pengarah Terbaik menerusi kemenangan Zainorhisyam Samudin yang menerima trofi dan hadiah wang tunai RM5,000.

Sementara itu Anugerah Dokumentari Terbaik pula dimenangi Social Playlist oleh Herbert Pua Kuo Jie yang disiarkan Astro AEC, sekali gus menerima dana DKD bernilai RM150,000, trofi dan wang tunai RM5,000.

ASA 2022 turut menobatkan seniwati Fauziah Nawi sebagai Tokoh Seri Angkasa yang menerima trofi serta hadiah wang tunai bernilai RM10,000. Kejutan istimewa turut diberikan kepada pelakon berkenaan dengan membawa pulang hadiah sebuah Kereta Expander.

Bagi kategori utama lain iaitu Pelakon TV Lelaki Terbaik dimenangi pelakon Eman Manan menerusi telefilem Satu Kampung Dua Orang, manakala Pelakon TV Wanita Terbaik menjadi milik Khatijah Tan (Rabak).

Bagi kategori radio pula menyaksikan Beto Kusyairy dinobatkan sebagai Pelakon Lelaki Drama Radio Terbaik (Anugerah Terindah) dan Lisdawati pula memenangi anugerah Pelakon Wanita Drama Radio Terbaik (Akhirnya Bahagia Meluruh).

Malam kemuncak anugerah berprestij anjuran Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) dengan tema Kemuncak Kecemerlangan itu menyaksikan penyampaian 34 kategori anugerah merangkumi TV dan radio di mana setiap pemenang membawa pulang hadiah berupa trofi dan wang tunai RM5,000.

Acara gilang-gemilang itu turut dihadiri Menteri Komunikasi & Multimedia, Tan Sri Annuar Musa yang menyampaikan anugerah untuk kategori utama.

Malam kemuncak ASA2022 yang dihoskan Fara Fauzana, Terrence Dass dan Enn Xaviera turut diserikan dengan persembahan Datuk Jamal Abdillah, Datuk M. Nasir, Datuk Hattan, Datuk Syafinaz, Ella, Misha Omar, Hazama dan ramai lagi.

Tidak ketinggalan penyampai anugerah yang terdiri daripada Nasha Aziz, Nasir Bilal Khan, Maya Karin, Datuk Rosyam Nor, Shuhaimi Baba, Fauzi Nawawi, Kavita Sidhu dan lain-lain.

SENARAI PEMENANG ASA2022 (MALAM KEMUNCAK)

ANUGERAH TV

1. Drama TV Terbaik

Pencipta Pegang Waktu - Nor Shahila Harun Shah (TV3)

2. Pengarah Drama TV Terbaik

Zainorhisyam Samudin - Pencipta Pegang Waktu (TV3)

3. Skrip Drama TV Terbaik

Sham Shamsul – Scammer (Astro Ria)

4. Pelakon Lelaki Drama TV Terbaik

Eman Manan - Satu Kampung Dua Orang (Astro Citra)

5. Pelakon Wanita Drama TV Terbaik

Khatijah Tan – Rabak (TV3)

6. Dokumentari TV Terbaik

Social Playlist - Herbert Pua Kuo Jie (Astro AEC)

7. Majalah TV Terbaik

- Majalah 3 - Predator Darat (TV3)

8. Hiburan Muzikal TV Terbaik

Gegar Vaganza 7 (Astro Ria)

9. Komedi TV Terbaik

Sepahtu Reunion Live 2020 (Astro Warna)

10. Liputan Sukan TV Terbaik

Perlawanan Akhir TM Piala Malaysia 2021 (TV1)

11. PSA & Kapsul TV Terbaik

PSA Pencegahan Bunuh Diri (Berita RTM)

12. Pengacara TV Terbaik

Ahmad Fedtri Yahya - Jejak Rasul (TV3)

13. Buletin TV Terbaik

Berita Perdana Edisi Khas Belanjawan 2021 (Berita RTM)

14. Liputan Khas Siaran Langsung Terbaik

Siaran Langsung Hari Angkatan Tentera Ke-88 (Berita RTM)

15. Penyampai Berita TV Terbaik

Norliza Mohd Zain (TV3)

16. Wartawan TV Terbaik

Mas Zharif Zhafri Abdul Azid - ICU Seluruh Negara Melebihi Kapasiti (TV9)

17. Jurukamera TV MCP Terbaik

Konsert Minggu Ini Dayang Nurfaizah dan Hael Husaini (TV2)

18. Jurukamera TV SCP Terbaik

Nileshkumar Rajendran - Manmadha Bullets (Astro Vinmeen)

19. Penataan Cahaya TV Terbaik

Junaimeramfizal Rahmat – Berdua (TV1)

20. Audio Rancangan TV Terbaik

Andrew Liew - Anugerah Meletop ERA 2020 (Astro Ria)

21. Pengimbangan Muzik TV Terbaik

Mohd Hawary Hanapiah – Berdua (TV1)

ANUGERAH RADIO

1. Drama Radio Terbaik

Anugerah Terindah (Salam FM)

2. Skrip Drama Radio Terbaik

Syikin Zauzi - Akhirnya Bahagia Meluruh (Nasional FM)

3. Pelakon Lelaki Drama Radio Terbaik

Beto Kusyairy - Anugerah Terindah (Salam FM)

4. Pelakon Wanita Drama Radio Terbaik

Lisdawati - Akhirnya Bahagia Meluruh (Nasional FM)

5. Hiburan Radio Terbaik

Raya Extravaganza - Yogeswaran Ramalingam (Traxx FM)

6. PSA dan Kapsul Radio Terbaik

Sketsa Banjir dan Pindah - Ibrahim Haji Diman (Sabah FM)

7. Penyampai Radio Lelaki Terbaik

Mohd Azlan Omar (Radio Klasik)

8. Penyampai Radio Wanita Terbaik

Azlina Kamarudin (Negeri FM)

9. Pengimbangan Audio Radio (Studio) Terbaik

Mohd Azree Baharum - Dokumentari Hijrah - Cahaya Sejernih Mata (IKIM FM)

10. Pengimbangan Audio Radio (Lokasi) Terbaik

Mohd Zaini Ahmad Norbi - Lintas Langsung Tinjauan Pasca Banjir Sungai Telemong (Bernama Radio)

11. Buletin Radio Terbaik

Utama Waktu Ini (Bernama Radio)

12. Liputan Berita Radio Terbaik

Lintas Langsung Tinjauan Pasca Banjir Sungai Telemong (Bernama Radio)

ANUGERAH MEDIA SOSIAL

1. Video Klip Hiburan Menerusi YouTube Rasmi Terbaik

Sentiasa Di Sini – Astro Gempak

2. Drama Bersiri Menerusi YouTube Rasmi Terbaik

Bunga's Secret Garden – Astro Gempak

ANUGERAH KHAS

Anugerah Tokoh Seri Angkasa 2022

Fauziah Nawi

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca