Penyanyi rap, Takeoff maut ditembak

TAKEOFF MAUT DITEMBAK
TAKEOFF MAUT DITEMBAK
A
A
A

PENYANYI rap, Takeoff yang juga merupakan anggota kumpulan Migos meninggal dunia selepas ditembak di sebuah pusat boling di Houston, Texas, Amerika Syarikat pada Selasa.

Menurut laporan BBC, Takeoff atau nama sebenarnya Kirshnik Khari Ball, 28, maut di tempat kejadian selepas ditembak pada bahagian kepalanya ketika sedang bermain dadu bersama bapa saudaranya, Quavo, yang juga merupakan salah seorang anggota Migos.

Tembakan itu dikatakan berlaku satu jam selepas Takeoff memuat naik satu hantaran di Instagram Story miliknya ketika menghadiri sebuah parti tertutup yang dihadiri sekitar 50 orang.

Selain Takeoff, dua orang lagi turut mengalami kecederaan akibat insiden tersebut dan kini dirawat di hospital.

Ruangan komen pada hantaran terbaharunya di Intsgaram yang mempunyai lapan juta pengikut itu dipenuhi emoji sedih dan ucapan takziah daripada orang ramai termasuk peminat dan selebriti.

Migos dianggotai oleh Takeoff, Quavo dan Offset (sepupu). Kumpulan itu tampil dengan album pertama mereka berjudul Rich Nation pada 2015 dan pernah dua kali tercalon dalam Anugerah Grammy, selain tersenarai dalam carta Album Rap Top Billboard.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca