Perlu 'ditidurkan', Sissy Imann mohon doa orang ramai

SISSY IMANN
SISSY IMANN
A
A
A

PENYANYI dan pengacara Sissy Imann memaklumkan bakal 'ditidurkan' buat seketika bagi menjalani satu prosedur kesihatan pada Jumaat.

Sissy, 27, berkongsi berita tersebut menerusi satu hantaran yang dimuat naik di laman Instagramnya hari ini.

“Assalamualaikum semua. Pada hari Jumaat yang penuh barakah ini, Sissy nak pohon ampun dan maaf atas keterlanjuran kata dan perbuatan Sissy yang pernah menyakiti anda. Doakan urusan Sissy hari ini dipermudahkan ya.

“Hari ini merupakan hari yang penting untuk saya. Saya akan menjalani satu prosedur di mana saya akan ditidurkan buat seketika,” ujarnya yang dipercayai akan menjalani satu pembedahan.

Bagaimanapun penyanyi lagu Bebas itu tidak menjelaskan lebih lanjut tentang apa yang berlaku ke atas dirinya. Malah Sissy memohon mereka yang mengenali agar tidak merujuk atau bertanyakan tentang perkara tersebut kepada ahli keluarganya.

“Saya amat menghargai jasa baik anda semua untuk tidak bertanya kepada ahli keluarga saya maklumat terperinci mengenai perkara ini. Terima kasih kerana memahami,” katanya.

Menjengah ruangan komen, para pengikut dan rakan-rakan selebriti menitipkan kata-kata semangat dan doa buat Sissy agar dipermudah urusan yang dijalaninya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca