BARU-baru ini tular satu video menerusi TikTok, nyanyian seorang anak muda yang suaranya mirip dengan suara arwah Mohamad Asri Ibrahim atau lebih dikenali dengan panggilan Ustaz Asri. Pemilik suara itu ialah Mohd Ilham, anak keempat arwah Ustaz Asri.

Mohd Ilham membuat persembahan bersama kumpulan Aydan menyampaikan lagu Munajat di konsert Nasyid Legenda, slot tribute kepada allahyarham Ustaz Asri. Lagu tersebut sebenarnya nyanyian atau alunan Allahyarham Ustaz Asri dalam album Rintihan Zikrullah.

Baca juga: Rina mirip wajah mommy, Maryam Durian Kimchi pantang bersalin cara Melayu

Untuk info, arwah Ustaz Asri merupakan penyanyi utama kumpulan nasyid Rabbani yang mula ditubuhkan pada 1997. Vokalis kumpulan nasyid itu disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung pada 13 Ogos 2009.

Ketika itu usia arwah 40 tahun. Arwah dikatakan jatuh pengsan semasa raptai dalam sidang media salah satu program di Radio Televisyen Malaysia (RTM).

 

Menjengah ke ruangan komen di akaun TikTok milik afif9998, ramai warga maya meninggalkan komen tanda menyokong Mohd Ilham meneruskan perjuangan arwah bapanya. Ujar mereka:

– “Alhamdulilah, selepas 13 tahun, dapat vokalis yang paling sesuai..,teruskan pejuangan arwah ayahmu..,ada rasa aura!

– “Teringat akan arwah. Saya peminat Rabbani masa sekolah pernah join nasyid dendangkan lagu arwah ayahnya.”

– “Rindunya suara arwah Ustaz Asri.”

– “Allahuakbar…sedap sangat suara macam arwah..teruskan delegasi Rabbani.”

– “Suara sama dengan arwah Ustaz Asri.”

– “Rindunya pada suara-suara arwah. Ada penyambung.”

– “Alhamdulillah terubat rindu kita.”

– “Alhamdulillah, auto sebak. Tahniah adik. al-Fatihah untuk arwah.”

– “Muka pun mirip.”

-“ Betul tu.. penghayatan dia dalam menyampaikan lagu ini pun padu macam arwah ayahnya.”

Iklan

– Alhamdulillah ada pewarisnya.”

Info tentang Ustaz Asri dan kumpulan Rabbani:

– Ustaz Asri dilahirkan pada 3 Ogos 1969 di Klang, Selangor.

– Ustaz Asri menyertai kumpulan Rabbani sejak kumpulan itu ditubuhkan secara rasmi pada 1 Mac 1997 dengan sembilan orang anggota.

– Ustaz Asri pernah berduet dengan beberapa penyakit terkenal seperti Amy Search menerusi lagu ‘Mentari merah di ufuk timur’ dan Mawi dengan lagu ‘Saksi.’

– Kumpulan Rabbani pernah dijulang sebagai penyanyi/artis nasyid popular di Anugerah Bintang Popular (ABP) selama lapan tahun berturut-turut.

– Pernah merakamkan lagu ‘Pergi tak kembali’ ciptaan kumpulan KRU yang bergenre pop.

Iklan

– Sebelum Rabbani, kumpulan itu dikenali sebagai Nada Murni yang ditubuhkan sekitar tahun 80-an.

Baca juga: Meninggal dunia akibat Covid-19, bekas anggota Rabbani dikebumikan di Pantai Dalam

Sumber: afif9998

Oleh: Norhasliza Mohd Shafi

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi