DALAM kemeriahan sambutan filem superhero Spider-Man: Across the Spider-Verse yang kini hangat ditayangkan di seluruh pawagam, Malaysia melakar sejarah apabila berjaya memecahkan Guinness World Records menerusi Pertemuan Dalam Kostum Spider-Man Terbesar (Largest Gathering in Spider-Man Costume).

Acara yang berlangsung di AEON Mall Bukit Tinggi, Klang pada Sabtu lalu itu dihadiri ribuan pengunjung yang turut sama meraikan sejarah yang baharu tercipta itu.

Pertemuan Dalam Kostum Spider-Man Terbesar itu berjaya mengumpulkan 685 ‘Spider-Man’ yang terdiri daripada pelbagai peringkat usia dan jantina untuk kekal berada di ruang yang disediakan selama lima minit, sebelum memecahkan rekod terdahulu dengan jumlah 601 peserta dalam acara sama yang dianjurkan di India pada Disember 2021.

Rekod baharu itu disahkan oleh wakil rasmi Guinness World Record, Kazuyoshi tepat jam 4.40 petang hari sama. Beliau turut menyerahkan sijil penghargaan kepada Pengarah Urusan Sony Pictures Malaysia, Simon Foo dan Ketua Pegawai Harta AEON, Lee Beng Beng.

Acara anjuran Sony Pictures Malaysia dan AEON Mall itu diadakan bersempena tayangan filem Spider-Man: Across The Spider-Verse di pawagam yang bermula pada 1 Jun lalu.

Iklan

(FOTO: SONY PICTURES ENTERTAINMENT)

Iklan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi