Pesona Spider-Man: Into The Spider-Verse

A
A
A

FILEM superhero yang ditunggu ramai, Spider-Man: Across The Spider-Verse kini menemui penonton di pawagam bermula 1 Jun lalu.

Naskhah sekuel daripada Spider-Man: Into the Spider-Verse yang diterbitkan pada 2018 itu kembali dengan pengembaraan luar biasa yang bakal membawa teruja berganda buat para pengikut setianya.

Bahagian pertama filem ini menceritakan tentang perjalanan Spider-Man iaitu Miles Morales yang berusaha menjalani kehidupannya di semestanya dengan normal dan aktif memberantas kejahatan di bandar Brooklyn.

Miles kemudiannya bertemu Jonathan Ohnn atau The Spot yang tubuhnya dipenuhi bintik hitam yang berfungsi untuk membawanya menjelajahi semesta. The Spot mula memberi ancaman kepada Miles yang dianggap sebagai punca dia kehilangan hidupnya dalam filem terdahulu.

 

Gwen Stacy atau Spider Woman pula tiba-tiba mengunjungi Miles dan secara tidak sengaja membawa Miles menjelajahi semesta, malah bertemu dengan Spider-Man pelbagai versi termasuk Spider-Man dari India dan Spider-Punk.

Diikuti penjelajahan lebih mencabar bersama sejumlah Spider-People dari multiverse. Konflik mula berlaku setelah O’Hara, pemimpin Spider-Force yang melindungi multiverse memberi dua pilihan sukar kepada Miles sama ada mahu menyelamatkan orang yang dicintai atau menyelamatkan semua semesta.

Kebijaksanaan dan kreativiti luar biasa gandingan Joaquim Dos Santos, Kemp Powers serta Justin K. Thompson selaku pengarah berjaya membawa sekuel ini ke satu level berbeza.

Plot penceritaannya lebih matang, malah cabaran dan ancaman baharu yang ditampilkan juga di luar jangkauan penonton. Penuh warna-warni malah cukup menghiburkan meski durasi filemnya lebih dua jam, selain elemen plot twist yang berimpak.

Visual dan animasi yang ditampilkan dalam filem ini sangat hebat dan memberi pesona tersendiri kepada penonton. Penampilan Spider-People yang datang dari pelbagai semesta dengan versi berbeza seperti komik, game dan lain-lain dihadirkan dengan begitu teliti, malah sangat mengujakan.

Penggunaan lukisan dan animasi yang begitu cantik turut menjadi antara kelebihan utama filem ini. Setiap satunya tampil dengan ciri tersendiri yang berjaya mencuri perhatian.

Filem ini juga dilengkapkan dengan skor muzik hebat yang semestinya memberi vibes menyeronokkan untuk menyokong cerita.

Boleh dikatakan Spider-Man: Across The Spider-Verse tampil lebih hebat dengan kualiti menakjubkan berbanding filem pertamanya. Sebuah naskhah wajib tonton dan sesuai untuk semua peringkat usia.

Spider-Man: Across The Spider-Verse

Bahasa: Inggeris

Klasifikasi: P12

Genre: Animasi

Durasi: 2 jam 21 minit

Pengarah: Joaquim Dos Santos, Kemp Powers, Justin K. Thompson

Pelakon Suara: Oscar Isaac, Shameik Moore, Hailee Steinfeld, Jake Johnson, Issa Rae

Terbitan: Sony Pictures Entertainment

Tarikh Tayangan: 1 Jun 2023

(FOTO: SONY PICTURES ENTERTAINMENT)

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca