SEJAK Julai lalu penyanyi Nourul Wahab Depp menunggu untuk berpindah ke Bali, Indonesia.

Beberapa bulan berlalu, Nourul menyatakan hasratnya berpindah ke pulau peranginan itu. Penyanyi kelahiran Pulau Pinang itu kini sudah berlepas ke sana.

Nourul berpindah bersama suami, Eric Daniel Depp dan tiga cahaya matanya Zachary, 8, Raphael, 6, dan Isabella, 2 tahun.

Baca juga [VIDEO] “Ikutkan Hati Nak Pindah Perancis Tapi…”- Nourul Depp Berhijrah Julai Ini, Akan Rindu Nasi Kandar

Melalui laman sosial Instagram, Nourul memaklumkan ketibaannya di negara jiran itu dan kini sedang menjalani kuarantin di Jakarta selama lapan hari bermula semalam.

Dalam pada itu, Nourul turut berkongsi video ahli keluarganya melakukan housekeeping di lokasi kuarantin mereka.

“Kuarantin kat mana pun, mana ada housekeeping. Haaa buat sendiri. Tapi semua depa provide. Adventure zaman kini. Tak mengapa, pengalaman,” tulis Nourul.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by N O U R U L (@nouruldepp)

Sementara itu, penyanyi lagu Kerana Terluka menzahirkan penghargaan buat peminat yang menitipkan doa buatnya sekeluarga. Tidak ketinggalan kakitangan Jabatan Imigresen yang banyak membantu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by N O U R U L (@nouruldepp)

“Terima kasih semua yang mendoakan. Tak mudah berjalan dengan anak kecil tapi Allah mudahkan.

Iklan

“Kami nak ucapkan terima kasih kat semua pekerja di lapangan terbang dan kakitangan Imigresen di Malaysia.

Anak sulung hasil perkahwinan terdahulu bersama komposer Ajai, Ayu Nazirah, 23, tidak ikut serta untuk menguruskan operasi perniagaan di tanah air.

Terdahulu, Nourul dalam sesi Live SinarPlus kendalian Addy Junaidi menyatakan perpindahannya disebabkan bisnes yang diusahakan sedang berkembang di Asia.

Iklan

Malah, kata Nourul, perpindahan mereka sudah lama dirancang. Katanya mereka hanya menunggu usia suaminya mencecah 55 tahun. Perancangan mereka bagaimanapun tertangguh kerana urusan visa.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by N O U R U L (@nouruldepp)

 

Sumber: Instagram @nouruldepp