SELEPAS lapan tahun hidup sendirian, pintu hati pelakon dan pelawak Along Cham akhirnya kembali terbuka untuk mengakhiri zaman dudanya dengan mengahwini wanita pilihannya.

Khabar gembira itu dikongsikan tuan punya badan menerusi  Instagram miliknya.

Along atau nama sebenarnya Muhammad Nizamuddin Ahmad, 41, dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan dalam satu majlis yang berlangsung di sebuah masjid.

along cham

Pun demikian, bapa kepada seorang cahaya mata itu tidak berkongsi butiran lanjut mengenai perkahwinan keduanya itu.

“Bismillah… Assalamualaikum Sayang.

“Berkat doa kalian selama ini, terima kasih atas doanya,” ungkap Along menerusi kapsyennya.

 

Untuk rekod, Along pernah mendirikan rumah tangga dengan bekas bintang Akademi Fantasia musim keempat (AF4), Zila Seeron, 34, pada 23 Januari 2010.

Bagaimanapun, pasangan tersebut mengambil keputusan bercerai pada 29 Ogos 2016. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Ahmad Daniel Muhammad Nizamudin yang kini berumur 13 tahun.

along cham 1

Perkongsian tersebut meraih perhatian ramai. Rata-rata selebriti dan warga maya membanjiri ruangan komen dengan menitipkan ucapan tahniah buat pengantin baharu.

Kata Achey, “ku tumpang gembira.” 

Sementara Niezam Zaidi menitipkan doa buat rakannya itu. “Alhamdulillah,tahniah along!!Till jannah”

Iklan

Tidak ketinggalan Raf Yaakob.” Masyaa’ALLAH TabarakALLAH. Alhamdulillah. Tahniah long ❤

Turut berbuat demikian adalah PU Amin. “Mantap long!! Raya awal kita!! Tahniah! Barakallahu Lakuma! @alongcham.”

along cham 3

Sementara itu Datuk Fizz Fairuz dalam ucapan lucunya berkata, “Alongggggggh…. Awak tak makan ayam dah hari2 lepas ni haha.

Turut berbuat demikian personaliti tv, Amin Idris. “بَارَكَ عَلَيْكَ وَجَمَعَ بَيْنَكُمَا فِي الْخَيْرِ. Semoga Allah memberkati pernikahan ini dalam segala hal yang baik dan mempersatukan kamu berdua dalam kebaikan.

Iklan

Sumber: Instagram alongcham

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!