Polis Evo 3 berjaya atasi Munafik 2

POLIS EVO 3
POLIS EVO 3
A
A
A

FILEMPolis Evo 3 terus mendahului kutipan pawagam dengan RM41.3 juta dalam tempoh 12 hari termasuk tayangan awal, lantas menjadikan filem nombor 1 kutipan tertinggi bagi tahun 2023 di Malaysia.

Kejayaan tersebut sekali gus memperlihatkan filem arahan Syafiq Yusof itu telah berjaya mengatasi filem arahan abangnya, Syamsul iaitu Munafik 2 yang sebelum ini mengutip RM40 juta dalam tempoh 17 hari.

Bukan itu sahaja, filem terbitan Astro Shaw bersama Skop Productions dan TGV Pictures itu turut mengetepikan francais-francais besar antarabangsa yang pernah mendominasi kutipan tertinggi di pawagam tanah air.

Penerbit Eksekutif Polis Evo 3 merangkap Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Perniagaan Melayu Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad berkata, pihaknya amat berbesar hati atas pencapaian luar biasa Polis Evo 3 setakat ini.

"Meskipun banyak filem baru dari francais popular Hollywood di pawagam ketika ini, namun karya tempatan masih mampu memberi saingan sengit.

"Kejayaan ini terhasil daripada sokongan penonton, merekalah faktor utama dalam gelombang fenomena Polis Evo 3," katanya.

Polis Evo 3 menampilkan barisan pelakon seperti Zizan Razak, Shaheizy Sam, Sharnaaz Ahmad, Nora Danish, Syafiq Kyle, Farali Khan, Douglas Lim, Fauzi Nawawi, Fezrul Khan, Eyka Farhana dan ramai lagi.

Ia mengisahkan tentang Inspektor Khai dan Inspektor Sani kembali dengan misi terbaru dan kali ini pasukan mereka disertai Inspektor Dani, Inspektor Julie dan Inspektor Dell yang mempunyai kepakaran berbeza.

Keadaan bertambah rumit apabila sasaran seterusnya adalah Inspektor Khai. Persahabatan Inspektor Khai dan Inspektor Sani diuji apabila menyedari suspek yang diburu mempunyai kaitan dengan kisah silam Inspektor Khai.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca