Polis Evo 3 yang luar biasa, aksi hebat setaraf filem antarabangsa

A
A
A

FILEM aksi tempatan paling tunggu ramai, Polis Evo 3 kini hangat menjadi bualan seawal filem ini menjengah pawagam pada 25 Mei baru-baru ini.

Naskhah kali ini mengisahkan tentang Inspektor Khai dan Inspektor Sani kembali dengan misi terbaharu mereka yang lebih rumit.

Persahabatan mereka kali ini diuji apabila suspek yang diburu, Reza mempunyai kaitan dengan kisah silam Khai. Akibatnya, keluarga Sani turut menjadi sasaran.

Antara babak menarik dalam Polis Evo 3

Meneruskan vibes yang dibawa menerusi dua filem terdahulu, sekuel terkini yang arahan Syafiq Yusof tampil dengan formula dan rencah serba cukup untuk memastikan filem ini berada pada tahap lebih atas, sekali gus memberi kepuasan kepada penonton.

Syafiq ternyata tahu apa yang diinginkan penonton dengan menyajikan babak aksi memukau dengan elemen komedi yang digerakkan seiring.

Pengarah muda ini menampilkan kreativiti membangggakan menerusi hasil kerjanya kali ini, baik dari segi plot penceritaan, perkembangan karakter, aksi dan segala aspek yang diberikan perhatian teliti.

Keseronokan menonton filem ini ternyata berbeza, malah terasa seperti sedang menikmati naskhah dari Hollywood yang sering menjadi pilihan ramai.

Salah satu babak menarik ketika watak Reza meloloskan diri daripada kenderaan polis yang menyajikan aksi cukup menarik dan mendebarkan.

Gandingan Shaheizy Sam dan Zizan Razak sememangnya tidak mampu disangkal lagi apabila kedua-dua tampil serasi, malah mengisi peranan dengan begitu berkesan sebagai tonggak penceritaan.

Tidak hanya itu, Sharnaaz yang tampil sebagai watak antagonis juga menyerlah sebagai Reza. Di sebalik paparan bengis dan dendamnya, Sharnaaz mengusik emosi penonton dengan lakonan berkesannya.

Meski ada beberapa babak yang mungkin kelihatan agak klise, tetapi naskhah ini tetap hebat dengan cara mereka yang tersendiri.

Paling membanggakan filem terbitan Astro Shaw bersama Skop Productions dan TGV Pictures itu cemerlang pada hari tayangan rasminya dengan kutipan keseluruhan RM3.4 juta, termasuk tayangan awal.

Polis Evo 3 berjaya mengetepikan filem antarabangsa, Fast X dengan kutipan melebihi dua kali ganda pada Khamis lalu, sekali gus mendominasi carta kutipan pawagam.

Polis Evo 3

Bahasa: Melayu

Klasifikasi: P13

Genre: Aksi/komedi

Durasi: 2 jam

Pengarah: Syafiq Yusof

Pelakon: Zizan Razak, Shaheizy Sam, Sharnaaz Ahmad, Syafiq Kyle, Fauzi Nawawi, Farali Khan, Nora Danish

Terbitan: Astro Shaw, Skop Production dan TGV Pictures

Tarikh Tayangan: 25 Mei 2023

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca