PELAKON Sari Yanti berkongsi khabar duka kehilangan datuknya, Hj Mohd Nor Abd Hamid yang meninggal dunia pada Selasa.

Menerusi perkongsiannya di laman Instagram, pemilik nama sebenar Sari Yanti Mohamad Nazari, 37, meluahkan rasa sedih atas kehilangan insan yang disayanginya.

“Telah pulang ke Rahmat Allah, atok kesayangan saya Hj Mohd Nor bin Abd Hamid. Anti sayang Atok.

“Putus sudah kasih sayang kita di dunia, bertemu hendaknya kita di Syurga nanti. Amin Allahumma Amin,” luahnya.

Sari Yanti yang juga dan ibu kepada lima cahaya mata itu juga memohon orang ramai mendoakan yang terbaik buat arwah datuknya.

Iklan

“Tolong doakan atok Sari ditempatkan di kalangan para solihin. Allahummaghfirlahu warhamhu wa’aafihi wa’fu’anhu,” tulisnya.

Bagaimanapun isteri kepada pelawak Jepp Sepahtu itu tidak menyatakan butiran lanjut dan punca kematian Allahyarham.

Iklan

Meninjau ruangan komen, rata-rata peminat dan pengikut Sari Yanti mengucapkan takziah, selain memberikan kata-kata semangat buat pelakon itu agar tabah berdepan ujian kehilangan orang tersayang.