DRAMA Diari Ramadan Rafique memang sinonim dengan bulan puasa. Drama arahan M. Hitler Zami yang disiarkan pada bulan Ramadan 2006 itu menggamit memori ramai.

Acap kali runut bunyi (official sound track -OST) dimainkan di laman sosial mengembalikan nostalgia bulan puasa pada 18 tahun yang lalu.

Diari Ramadan Rafique memang dekat dengan masyarakat , lebih-lebih lagi apabila ia menceritakan tentang kanak-kanak yang menghadapi cabaran dan dugaan ketika berpuasa.

Pelakon Mirsad Hassan Kulasic sebagai Rafique di samping pelakon senior Normah Damanhuri sebagai Khatijah. (Kredit: YouTube TV3)

Keletah pelakon Mirsad Hassan Kulasic dan Mysarra Syahfiedzrien yang masih kanak-kanak ketika itu memang mencuit hati.

Baru-baru ini pemilik nama Dayang Ara Nabellah Awang Astillah itu mendendangkan semula lagu berkenaan di laman sosialnya.

“Ramai betul permintaan lagu ni ya. Okay saya tunaikan, tapi ini suara dah besar dah,” kongsi Bella.

Ramai yang teruja mendengar nyanyian Bella, malah rata-rata mengakui tidak mengetahui beliau adalah penyanyi asalnya.

– “Sumpah, baru tahu ini lagi Bella.”

– “Bila tengok ni baru aku sedar dah tua. Dulu tak pernah miss tengok Diari Ramadan Rafique .”

– “2023 baru tahu Bella penyanyi asal lagu ni.”

Iklan

– “Childhood memory dengar lagu ni.”

– “Tak sangka Bella penyanyinya, sedap je nyanyi macam versi asal.”

Kerjaya seni Bella Astillah bermula sejak kecil ketika beliau bersama adiknya, Didi Astillah merakamkan sebuah album kanak-kanak. Menerusi album itu, Bella dan Didi dikenali sebagai Anak-Anak Mutiara.

Iklan

Sumber: Laman sosial Bella Astillah

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi