BERITA pelakon popular, Remy Ishak dikurniakan anak pertama menjadi perhatian ramai.

Isterinya, Roszaliza Yusof atau Ezza selamat melahirkan cahaya mata sulung mereka pada 27 Julai 2023 di Hospital Gleneagles, Kuala Lumpur.

Sebelum ini, pelakon Hijrah Jannah itu menggayakan rambut panjang.

Namun sebelum kelahiran anakanda tercinta, beliau rela membiarkan paras lehernya ‘dicantas’ demi memenuhi permintaan si isteri.

Beberapa foto dimuat naik di Instagram semasa menemani Ezza bersalin turut menampilkan rambut aktor kacak itu berpotongan pendek.

“Detik-detik akhir kejadian semalam. Sebelum kesakitan mendatang, rambutku diragut.” titip Remy berkongsi video memaparkan isterinya menggunting rambut bahagian kiri dan depan.

Jelas Remy, untuk kelahiran anak mereka, Ezza mahu Remy tampil kemas dengan rambut pendek.

“Ini adalah peluang yang sukar nak dapat,” ujar Ezza.

Warganet tertarik paparan video berkenaan rata-rata mengatakan Remy lebih sesuai dengan potongan rambut pendek.

– “Remy lebih sesuai berambut pendek. Nampak lagi smart.”

– “Cukur jambul anak ❌️ cukur rambut bapak ✔️.”

Iklan

– “Yes, lebih kemas rambut pendek.”

– “You akan nampak handsome bila berambut pendek. Nampak gentleman and look nice.”

Remy dan Ezza berkahwin pada 21 Ogos 2021 di Masjid Negara, Kuala Lumpur selepas tujuh tahun perkenalan.

Iklan

Beliau mengesahkan isterinya sedang hamil Mac lalu ketika kandungan berusia lima bulan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTubeTiktok SinarPlus & Threads @sinarplus@threads.net. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang